14.9.21

JAWATAN KOSONG DI BANK SIMPANAN NASIONAL

Assalamualaikum,

Akhir-akhir ini ramai pengunjung blog ini  meminta admin post peluang-peluang pekerjaan khususnya di zaman pandemik COVID 19 ini.

Ramai yang telah diberhentikan kerja terutama pekerja sektor swasta terutama yang berkaitan sektor pelancongan dan perkhidmatan bukan makanan.

Bagi pekerja sektor awam atau kakitamgan kerajaan sangat stabil dan tidak terjejas.

Begitu juga pekerja sektor perbankkan atau pekerja bank juga stabil kerana perkhidmatan perbankkan merupakan salah satu sektor yg perlu. Operasi bank dibenarkan untuk terus beroperasi kerana bank dan masyarakat berpisah tiada.

Maka kali ini admin berkongsi memilih peluang kerjaya di salah sebuah bank yang dikenali ramai iaitu BANK SIMPANAN NASIONAL.

Sedikit info diprtik dari portal resmi BSN:-

Ditubuhkan pada tahun 1974, BSN kini mempunyai hampir 7000 pekerja dan disokong oleh 392 cawangan, 738 Mesin Juruwang Automatik (ATM), 398 Mesin Deposit Tunai (CDM) dan lebih 5,000 Ejen Berdaftar BSN (EB BSN) di seluruh negera.


Di BSN, kami memberikan sokongan penuh kepada kepelbagaian yang mendorong modal insan yang berbakat untuk membangunkan potensi mereka sepenuhnya. Cara kerja dan tindakan kami adalah berlandaskan nilai-nilai teras kami iaitu C.A.R.E (Komited, Cerdas & Tangkas, Menghormati & Beretika) dan kami berbangga dengan pengiktirafan melalui pelbagai anugerah berprestij. Jika anda bersedia untuk menyerlah, sertai kami sebagai sebahagian daripada sebuah institusi kewangan ternama di negara ini.

Terdapat jawatan kosong ketika ini yang mungkin sesuai untuk anda.

Jawatan Kosong BSN 

Jumpa lagi next post.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan