13.11.10

BANJIR DI KEDAH :ANTARA UJIAN DAN PENGALAMAN

Apakhabar Semua
Apakhabar Malaysia

Minggu lepas kawasan di utara semenanjung terutamanya di negeri Kedah telah dilanda banjir besar. Berdasarkan informasi dari pelbagai media, banyak kawasan telah hampir lumpuh termasuklah bandar Alor Setar.Aktiviti harian tergendala. Sekolah, pejabat dan bank-bank terpaksa ditutup sebaliknya pusat-pusat pemindahan di buka untuk menempatkan berpuluh ribu mangsa banjir.

Saya tidak berada di kebanjiran itu tetapi berminat untuk turut menyibukkan diri menyentuh isu banjir di Kedah kerana negeri Jelapang Padi itu pernah menjadi tempat saya bermukim antara tahun1986 hingga 1992 iaitu ketika melanjutkan pelajaran suatu ketika dulu. Oleh itu tempat-tampat dan lokasi yang tercatat dalam kebanjiran minggu lepas amatlah tidak asing bagi saya. Nama -nama tempat seperti Jitra,Kubang Pasu ,Alor Setar dan Changlon merupakan tempat saya meremajakan diri. Bila ianya dibanjiri air bah maka saya turut terasa kesejukannya walaupun tidak berada di kebanjiran itu.Kata orang tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat mengaji.
Bagi yang menempuh banjir tersebut saya jangkakan pasti ia merupakan suatu pengalaman hidup.Mungkin ada yang merasakan ianya pengalaman pahit, maung,kelat,stress dan 1001 macam lagi.Manakan tidak banyak hartabenda musnah dan pastinya banyak wang dan RM yang perlu dikeluarkan selepas ini untuk memulihkan keadaan seperti sedia kala. Apapun bagi semua mangsa banjir saya berharap agar bersabar menempuh pengalaman dan ujian kecil ini.Sesungguhnya apa yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya. Hidup perlu diteruskan.
Media-media utama juga turut memuatkan komen orang-orang politik  ke atas kerajaan Kedah menangani masalah banjir tersebut. Pemimpin kerajaan Kedah pula menjawab komen-komen tersebut melalui akhbar Harakah. Masing-masing mendakwa mereka telah menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.
Apa yang dapat kita perhatikan kejadian banjir tersebut telah menguji manusia di Malaysia ini dari pelbagai sudut berikut:-

1) Ujian ke atas mangsa banjir mengharungi air bah dan perpindahan ke pusat pusat pemindahan.
2) Ujian ke atas kerajaan Pakatan Rakyat Kedah mengurus keadaan banjir tersebut.
3) Ujian ke atas kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah dalam urusan bantuan ke atas mangsa banjir.

Ujian pertama di atas saya yakin ramai yang telah Lulus.Mungkin kesemuanya telah Lulus.Walau bagaimanapun ujian kedua dan ketiga di atas tidak pasti lagi. Sebabnya ianya melibatkan politik.Politik adalah perlawanan persepsi.Masing-masing parti ingin menunjukkan atau memberi persepsi bahawa merekalah yang terbaik dalam menangani sesuatu isu seperti banjir yang berlaku kali ini. Tiada yang mahu mengalah. Tidak hairanlah jika di dalam media nampak ada perbezaan pendapat antara pemimpin-pemimpin kedua-dua belah pihak. Yang penting rakyat.Rakyat lebih tahu dan mereka yang akan menghakimi pemimpin setiap 5 tahun.

Saya juga mengucapkan selamat pulang ke rumah masing-masing dan tabah membersihkan rumah dan halamannya serta harta benda yang musnah akibat banjir tempohari kepada semua mangsa banjir di Kedah.
Sesungguhnya ada hikmah disebalik setiap kejadian.

Jumpa lagi
abangms




Tiada ulasan:

Catat Ulasan