24.11.10

JUTAWAN INTERNET: Antara Realiti dan Angan Angan

Apakhabar Semua
Apakhabar Malaysia

Sejak internet diperkenalkan di Malaysia saban hari banyak cerita tentang menjadi jutawan melalui internet. Banyak kisah dibukukan, dituliskan, diwar-warkan tentang bagaimana internet boleh membuatkan seseorang itu menjadi jutawan atau setidak-tidaknya menjadi kaya raya.
Maknanya kaya dan tak perlu bekerja atau berniaga lain lagi. Betul ke cerita ni? Kisah anak-anak muda menjadi jutawan internet telah menjadi bualan umum.Rahsia Umum.Contohnya seorang anak muda di luar negara telah mencipta facebook iaitu sebuah laman sosial yang menjadi kegilaan 600 juta ahli berdaftarnya. Kisah 2 sahabat mencipta google dan menjadi jutawan. Itu kisah luar negara. Kita yang berada di Malaysia ini sudahkah mempunyai jutawan internet. Kita bicara dalam skop Malaysia.
Saya telah membuat intipan,risikan dan culaan dan mendapati untuk menjadi jutawan internet di Malaysia pada masakini masih merupakan suatu khayalan. Angan-Angan.Walaupun pelbagai kursus, buku,ebook,cd.vcd tentang perniagaan internet telah diterokai namun ianya masih bersifat khayalan atau fantasi.
Menjadi kaya dengan pendapatan 5 angka disebabkan internet mungkin boleh diterima. Memperolehi pendapatan sampingan sekitar RM 500 sebulan melalui internet memang boleh sebab saya sendiri pernah mencubanya.TAPI kalau sebut menjadi jutawan internet di Malaysia  adalah suatu yang agak keterlaluan.
Memang ada yang mendakwa dialah jutawan internet melalui kursus dan seminar dan cerita di buku-buku dan ebook yang dikarang sebegitu rupa. Sejauhmanakah kebenarannnya. Mana buktinya mereka menjadi jutawan? Berapa asetnya hasil perniagaan internet? Mungkin mereka yang mendakwa jutawan internet hanya  membuat propaganda atau cerita-cerita rekaan di kursus-kursus jutawan internet dengan matlamat mengutip yuran kursus mengikut kadar yang mereka tetapkan sendiri tanpa kawalan sesiapa. Bagi saya itu bukan jutawan atau usahawan internet.Itu jutawan kursus.
Mungkin ada yanbg menyanggah pendapat saya. Ada yang mendakwa jual barang secara online pun boleh laku seperti jual tudung, kerongsang, ebook dan lain-lain. Betul. Benar hujah itu. Tetapi adakah dengan urusniaga sebegitu terlahir seorang jutawan. Online biz di Malaysia masih perlahan ketika ini. Keyakinan masyarakat untuk membeli barangan secara online masih rendah. Yang ramai joint pun skim internet cepat kaya sedikit masa dulu. Itu yang kaya penganjur.Jutawan Kencing bukan Jutawan Internet namanya.

Walau bagaimanapun perkembangan internet biz dan online transaction di Malaysia semakin berkembang. Mungkin satu atau dua dekad lagi aktiviti berurusniaga online di Malaysia berjaya menjadi satu budaya dan ketika itu kelahiran ramai jutawan internet bukan lagi suatu angan-angan. Mungkin anda salah seorang dari bakal jutawan itu. Fikirkan dari sekarang.

Selamat malam
Jumpa lagi
abangms

Tiada ulasan:

Catat Ulasan