Jumpa lagi next post
16.9.21
15.9.21
14.9.21
JAWATAN KOSONG DI BANK SIMPANAN NASIONAL
Assalamualaikum,
Akhir-akhir ini ramai pengunjung blog ini meminta admin post peluang-peluang pekerjaan khususnya di zaman pandemik COVID 19 ini.
Ramai yang telah diberhentikan kerja terutama pekerja sektor swasta terutama yang berkaitan sektor pelancongan dan perkhidmatan bukan makanan.
Bagi pekerja sektor awam atau kakitamgan kerajaan sangat stabil dan tidak terjejas.
Begitu juga pekerja sektor perbankkan atau pekerja bank juga stabil kerana perkhidmatan perbankkan merupakan salah satu sektor yg perlu. Operasi bank dibenarkan untuk terus beroperasi kerana bank dan masyarakat berpisah tiada.
Maka kali ini admin berkongsi memilih peluang kerjaya di salah sebuah bank yang dikenali ramai iaitu BANK SIMPANAN NASIONAL.
Sedikit info diprtik dari portal resmi BSN:-
Ditubuhkan pada tahun 1974, BSN kini mempunyai hampir 7000 pekerja dan disokong oleh 392 cawangan, 738 Mesin Juruwang Automatik (ATM), 398 Mesin Deposit Tunai (CDM) dan lebih 5,000 Ejen Berdaftar BSN (EB BSN) di seluruh negera.
Di BSN, kami memberikan sokongan penuh kepada kepelbagaian yang mendorong modal insan yang berbakat untuk membangunkan potensi mereka sepenuhnya. Cara kerja dan tindakan kami adalah berlandaskan nilai-nilai teras kami iaitu C.A.R.E (Komited, Cerdas & Tangkas, Menghormati & Beretika) dan kami berbangga dengan pengiktirafan melalui pelbagai anugerah berprestij. Jika anda bersedia untuk menyerlah, sertai kami sebagai sebahagian daripada sebuah institusi kewangan ternama di negara ini.
Terdapat jawatan kosong ketika ini yang mungkin sesuai untuk anda.
Jumpa lagi next post.
12.9.21
CARA BAWA PESAKIT COVID GUNA KENDERAAN SENDIRI
Assalamualaikum,
Salam sejahtera,
Salam hujung minggu,
Covid 19 kerap menyerang sesiapa saja secara tiba tiba. Ada ketika pesakit perlu di bawa segera ke hospital dengan kenderaan sendiri tanpa menunggu kenderaan KKM yang mungkin sedang sibuk.
Kal ini admin ingin kongsikan satu video menarik tentang cara bawa pesakit covid menggunakan kenderaan sendiri.
Sumber: fb KKM (11/9/2021)
11.9.21
APA ITU CORONAVIRUS
Apakah Coronavirus?
Coronavirus (CoV) adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Terdapat beberapa jenis coronavirus seperti severe acute respiratory syndrome
coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-related coronavirus (MER-CoV).
Coronavirus terbaru yang ditemui di China adalah Coronavirus 2019 (COVID-19).
Jangkitan Coronavirus boleh menyebabkan spektrum gejala daripada selesema biasa kepada radang paru-paru (pneumonia) yang teruk.
Sejarah Coronavirus sebelum ini, adakah pernah berlaku dan apakah pengalaman KKM menangani masalah ini?
Coronavirus atau COVID-19 adalah virus corona yang baru dan KKM sentiasa berhubung dengan pihak antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mempelajari characteristic and behavior virus ini.
KKM dan badan-badan kesihatan dunia semuanya tiada pengalaman menangani virus COVID-19 ini, walaubagaimana pun KKM mempunyai pengalaman menangani virus lain dalam kumpulan ini seperti SARS dan MERS CoV.
Dalam menangani kluster atau wabak jangkitan SARS dan MERS CoV, pematuhan kepada prinsip kesihatan awam yang ketat serta pengawalan jangkitan telah membolehkan kluster atau wabak penyakit tersebut dihentikan. Pihak KKM yakin dengan mengamalkan prinsip yang sama kita akan berjaya menangani kluster jangkitan COVID-19 ini.
Artikel ini dipetik dari
http://www.myhealth.gov.my
10.9.21
ANDA POSITIF COVID 19 : APA PERLU ANDA LAKUKAN
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Jika anda tiba tiba didapati positif COVID 19, apa yang perlu anda lakukan?
JANGAN PANIK
Admin mengajak anda melihat pesanan dari KKM dalam video di bawah. Video ini dari FB KKM bertarikh 09 September 2021.
Selamat menonton.
SALAM NORMA BARU DUDUK RUMAH
Assalamualaikum,
Salam sejahtera,
Apakhabar para pembaca, follower, atau siapa saja yang singgah atau tersinggah di sini. Semoga anda sihat sejahtera stay safe. Kata orang seberang waras.
Bertahun x mengupdate, banyak faktor penyebab. Sedar sedar negara dah lockdown.
Insyaallah blog ini kembali akan kembali aktif.
Dalam mengharungi pandemic covid19 banyak cabaran ke atas kehidupan tuan puan. Semua terkesan. Covid 19 tak mengenal siapa anda. Mungkin anda seorang pelajar, guru, pekerja, penganggur, pemimpin, pemerintah, pembangkang , tokoh korporat, penjaja jalanan dan siapa saja pasti terkesan.
Kehidupan kini sering disebut dengan istilah Norma Baru. Apa yang baru? Cara baru. Kehidupan yang lain dari yang dulu.
Pakai mask. Duduk rumah. Banyak kedai tutup. Ada road block jika nak rentas daerah. Tak boleh duduk dekat dekat. Tak boleh makan dalam kedai atau dine in. Sekolah tutup. IPT tutup. Belajar dari rumah. Bekerja dari rumah. Dah vaksin ke belum. Dos 1. Dos 2.
Itu antara ciri2 Norma Baru.
Apapun hidup perlu diteruskan.
Setakat ini dulu mukadimah awal setelah saya lama menyepi.
Patuhi SOP
Kita Jaga Kita
Jumpa lagi
4.2.17
PRK TANJONG DATU SARAWAK: BALU ALLAHYARHAM TAN SRI ADENAN SATEM WAKILI BN
Sumber berita Mstar :
RINGKASAN :
Pertandingan 3 Penjuru.
1) Datuk Amar Jamilah Anu - BN
2) Rapelson Richard Hamit - PBDS Baru
3) Johnny Aput- STAR
Keputusan PRN 11
BN Menang dengan Majoriti 5,892. (BN 6,360 & PKR 468)
Beberapa persoalan!
1) Mengapa PKR tidak meletakkan calon
2) Mampukah parti pembangkang kalahkan BN
3) Mengapakah BN meletakkan balu bekas KM Sarawak sebagai calon.
SIAPA YANG AKAN MENANG?
SEGALANYA AKAN TERJAWAB PADA 18 FEBRUARI 2017 .
22.1.17
GEGARAN DONALD TRUMPH
Donald Trumph telah mengagkat sumpah sebagai Presiden USA yang ke 45.
Pelbagai reaksi seluruh dunia.
Trumph mengambil beberapa tindakan drastik yang dilihat mengutamakan Amerika antaranya:-
1.Tarik Diri Dari TPPA.
2.Pecat semua duta US di seluruh dunia tanpa namakan pengganti.
3.Mansuhkan Obamacare iaitu program penjagaan kesihatan era Obama.
4.Membangunkan sistem pertahanan dari serangan Iran dan Korea Utara
Apapun diharapkan kehadiran Trumph akan memberi lebih manfaat kepada dunia kerana tindak tanduk Presiden USA akan memberi kesan ke atas dasar luar mereka.
Selamat malam
abangms
10.1.17
KENAPA FAIZ SUBRI TAK BERBAJU MELAYU
7.1.17
2017 AZAM BARU HARAPAN LAMA
26.12.16
BARANG SEKOLAH DAH TAK MURAH
Sana sini ibu bapa sibuk bawa anak-anak ke pekan, bandar, shopping mall untuk beli barangan berkaitan sekolah.
Barangan apa tu?
Pakaian sekolah,alatulis,kelengkapan ko kurikolum.
"Mahalnya pakaian sekolah sekarang" rungut Mak Su dari Kuala Rompin Pahang.
"Kasut sekolah dah tk de yang bawah RM 20 ringgit sekarang rintih Kak Ani" dari Kota Damansara.
"Pensil warna pun mahal-mahal belaka, ini mungkin sebab GST "kata Pak Nazri dari Felda Sg Mas Kota Tinggi Johor yang membebel kepada anaknya ketika meninjau rak rak alatulis di sebuah kedai buku.
Sana sini cerita barang mahal. Ada yang menyalahkan GST. Ada yang menyalahkan kejatuhan nlai ringit. Ada yang menyalahkan majikan memberhentikan pekerja. Majikan tak beri bonus. Ada yg dapat bonus tapi ciput.
Yang pasti ramai tertekan dengan kos sara hidup.
Dari barang keperluan harian, keperluan persekolahan,.petrol, penyelenggaraan kereta dan segalanya.
Apa pun hidup perlu diteruskan.
Salam hujung 2016.
JDT



