31.8.10

MERDEKA

Merdeka...Merdeka...Merdeka

29.8.10

ANTARA KUIH SEMPERIT DAN ALMOND LONDON

,
ALMOND LONDON

SEMPERIT

Hari ini dah 19 hari kita berpuasa. Cuti ahad ni sangat sibuk sekali. Suasana dari kawasan bandar hingga pekan-pekan kecil sesak. Ibu-ibu, kakak-kakak, makcik-makcik sibuk ke sana sini. Masing-masing cari bahan-bahan untuk membuat kuih raya.Maklumlah lagi 10 hari lagi kita nak beraya. Persiapan terutamanya kuih raya adalah suatu kemestian sejak zaman berzaman..Dari zaman kuih semperit hingga zaman almond london.
Masa saya kecik-kecik dulu saya cukup suka tengok kakak-kakak saya membuat kuih raya. Biasanya waktu macam nilah iaitu kurang 10 hari nak sambut hari raya mereka mula sibuk membeli bahan-bahan kuih, menjemur tepung dan mencari kayu api serta sabut dan tempurung kelapa untuk persiapan membuat kuih raya.Semuanya hand made.Buat dengan tangan. Original kata orang sekarang. Bukan kuih buatan kilang.

Antara kuih yang terkenal masa dulu ialah tempeyek, kuih dahlia (ada manik di tengahnya), kerepek pisang, kerepek ubi, kuih goyang, bahulu gulung, tat nenas, kuih bangkit, dodol dan satu kuih ni yang sukar saya lupakan ialah kuih semperit. Sukar saya lupakan hingga ke hari ini kerana semasa kecik dulu saya sukar nak sebut nama semperit tu.Jadi bila dapat sebut dan mengingatkan nama semperit saya terus mengingatinya hingga sekarang. Saya tanya pada anak saya pernah dengar tak kuih semperit, anak-anak saya tertawa mendengar soalan itu...jawap mereka semperit tak pernah dengarlah bah..kalau sembelit tu selalulah kata mereka sambil tertawa panjang tanda gelihati yang teramat sangat.
Tapi bila saya tanya pernah tak dengar kuih almond london, kelima-lima anak saya jawap pernah dan boleh terangkan kuih tu ada almond di dalamnya, berwarna coklat, cantik dan nampak macam kuih-kuih orang kaya kata anak perempuan saya yang darjah empat.

Itulah perubahan waktu,
Peredaran zaman.
Pendekatan kita terhadap semua perkara juga perlu berubah. Persekitaran diluar sana telah berubah. Majikan tidak boleh lagi melayan pekerja sesedap rasa. Orang gaji tidak boleh lagi dilayan seperti hamba abdi. Mereka juga adalah manusia seperti kita. Makhluk tuhan di mukabumi. Tuntuan pekerja masakini sangat pelbagai. Keadilan, hak asasi, pembelaan, gaji minima, bonus setimpal, kenaikan pangkat yang adil, tiada pilih kasih, tiada kronisma, tiada penindasan itulah adalah antara isu-isu golongan pekerja yang perlu di tangani oleh majikan dengan baik.
Mahasiswa tidak mahu lagi dikongkong. Mereka minta hak berpolitik. Rakyat minta dilayan dengan adil dan saksama oleh pemerintah. Demokrasi bukan konspirasi. Profesional bukan emosional. Itu semua perlu diberi perhatian kerana zaman ini bukan lagi zaman kuih semperit. Ya zaman almond london.

Beberapa tahun kebelakangan ini saya dan isteri sangat sibuk dengan kerja. KADANG KADANG je membuat kuih raya.  Bukan bermakna rumah kami tidak berkuih raya. Tapi kuih  dah siap. Kuih segera. KUIH TUNJUK (istilah anak dara sekarang). Kuih tunjuk bang. Maknanya kuih yang dibeli dah siap samada yang dibeli di pasaraya, bazar ramadhan atau ditempah dari rakan sepejabat yang menjadi usahawan bermusim, jual sembunyi-sembunyi khuatir dilihat ketua jabatan....
Apa pun jika anda makan almond london jangan dilupa kuih semperit, tempeyek, dodol dan kuih bangkit. Kata orang ....yang baru di sayangi yang lama dikasihi.

Selamat membuat kuih raya....

Kuih beli KADANG KADANG lebih sedap dari kuih buatan sendiri...............



28.8.10

KAD RAYA TIDAK RELEVAN LAGI

Hari  ini dah hari ke 18 kita berpuasa.Pejam celik pejam celik dah lebih setengah bulan kita melalui ramadhan. Walaupun aidilfitri belum tiba tapi bahangnya sudah mula terasa.
Peti surat pejabat saya dah mula dikunjungi kad-kad raya. Berbagai corak dan warna dan pelbagai harganya. Satu persatu dibelek kebanyakkannya kad-kad diterima adalah berbentuk resmi bukan kad raya individu. Ada dari pihak bank, firma guaman, agensi kerajaan dan syarikat-syarikat swasta yang saya berurusan. Tiadalah lagi kad-kad raya dari kawan-kawan, kenalan-kenalan dan rakan taulan macam dulu-dulu. Ke mana mereka. Mungkin alamat saya dah hilang dari database mereka. Atau kerana harga stem dah naik. Kalau dulu di waktu pertengahan ramadhan macam ni kad-kad raya dah mula terjual di bazar-bazar ramadhan, di kaki kaki lima bangunan kedai tetapi kini tidak lagi.

Semalam sempat juga saya menjengah kedai buku berdekatan pejabat saya dan melihat lambakan kad raya pelbagai aneka untuk dijual di ruang tengah kedai. Murah-murah tapi kurang laku. Tokeh kedai (bukan orang kita) kata sekalang kad laya memang kena leturn kepada itu supplier. Olang sudah tak mau meli lagilah.  apasat wa pun tak tahu.....Itulah keluhan tokeh kedai yang tidak fasih berbahasa Malaysia walaupun beliau lahir di sini selepas Malaysia Merdeka. Mungkin konsep 1Malaysia dapat meMalaysiakan mereka yang masih pelat berbahasa Malaysia walaupun telah mengaut keuntungan di bumi Malaysia ini termasuklah menjadi pengilang, pencetak dan pengedar kad-kad raya walaupun aidilfitri adalah hari raya kita  bukan raya mereka..

Fikir punya fikir saya dapat meneka beberapa sebab kenapa kad raya dari kawan-kawan tidak muncul lagi.
Pertama sebab kawan-kawan saya dah semakin tua dan bagi mereka menghantar kad raya bagi orang yang dah semakin berumur ni kurang relevan lagi. Hantar menghantar kad-kad raya ni aktiviti kanak-kanak dan orang-orang muda. Biarlah mereka saja yang berkad raya kata kenalan baru say seorang usahawan burger.
Kedua ....dunia dah berubah. Zaman ini zaman IT. IT tu macam-macam ditafsirkan maknanya. Bagi sesetengah orang bisnes IT tu bermaksud DUIT. Ya lah zaman ini zaman duit. Ada duit semua boleh jadi. Bagi kaum hawa pulak menyebut IT ni sebagai singkatan kepada Ibu Tunggal. Bagi saya itu semua tak betullah... orang yang kurang berduit macam saya ni dan ibu ibu tunggal tak perlu kecil hati dengan definasi IT yang sebegitu....Anggaplah definasi tersendiri DUIT dan Ibu Tunggal itu sebagai jenaka  di warung-warung tom yam sementara menanti waktu berbuka puasa....  
IT maknanya seperti yang semua orang maklum ialah Information Technology. Maksudnya zaman IT ni semua berkomputer. Zaman netbook, laptop,internet biz, facebook, twitter, Black Berry, Astro dan 1001 macam istilah yang datuk dan nenek kita dulu tak pernah dengar.Mungkin jika laksamana Hang Tuah kembali semula ke zaman ini (macam dalam cerita XX RAY) beliau pun terkejut dan terus membuang keris Taming Sarinya kerana serangan ke atas Hang Jebat lebih mudah dilakukan dengan menghantar virus melalui email dari bertikam di atas lantai yang tidak rata...
Zaman IT kawan-kawan saya lebih selesa menghantar Kad Raya melalui email. E Raya Card gitu kata anak saya yang sulong. Pos-pos kad raya ni tak mainlah bah. E Raya Kad atau dalam bahasa kita kad raya elektronik memang lebih menarik. Berwarna-warni, cantik dan meriah kerana mediumnya skrin monitor, skrin handphone dan kadang-kadang ada bunyi lagu raya...ada juga pengirim yang kreatif merakamkan suara mereka mengucapkan selamat hari raya kepada penerima...macam-macam suara ada dari suara ala ala Siti Nurhaliza hinggalah suara ala-ala Halimah Jongang..memang meriah E Raya Card ni. Biasanya E card ni akan dihantar di penghujung ramadhan dekat-dekat nak raya. Macam tahun lepas macam-macam mail e card yang saya terima...yang penting anda kena sediakan ruang email yang besar untuk menerima kunjungan e raya card sama ada yang diundang atau yang tersasar kerana pengirim tersilap taip alamat email. Yang belum ada email cepat-cepat buat email, yahoo ke gmail ruangnya cukup lumayan dan percuma...
Seorang kenalan facebook saya pula kata ecard melalui email pun dah tak main...sekarang orang ucapkan selamat hari raya dan meletakkan e raya card di facebook...wow canggih gitu..

Last sekali kad raya kurang diterima kerana hari ni ramai yang hantar ucapan raya melalui SMS..sistem pesanan ringkas...orang kampung saya cakap hantar guna handphone...cepat dihantar dan pantas di balas...syarikat TELCO suka cara ni tapi POS Malaysia kurang berminat sebab SMS RAYA tak  payah guna setem...

Nanti menjelang raya saya cerita tentang SMS Raya...macam-macam SMS ada...
Mungkin Suatu Hari Nanti Kad Raya Tidak Lagi Relevan....

Apapun hari ini....teruskan puasa anda sehingga waktu berbuka.
Pepatah dulu-dulu:
KUSANGKA PANAS HINGGA KE PETANG
 RUPANYA HUJAN DITENGAHARI

Pepatah bebudak sekarang (Jenaka Ramadhan)
KUSANGKA PUASA HINGGA KE MALAM
RUPANYA BERBUKA DITENGAHARI



21.8.10

BUKA PUASA: BUFFET HALAL VS BUFFET HARAM!

Hari ni hari ke 11 kita berpuasa.
Pagi-pagi saya dah pegi hantar anak ke sekolah agama darjah khas. Kelas tu seminggu sekali iaitu tiap hari sabtu.Orang Johor tahulah bila disebut darjah khas.Orang luar Johor mungkin kurang faham. Darjah khas ni kira sekolah agama selepas darjah 6. Senang cite darjah 7 lah. Silibusnya boleh tahan tinggi juga bab-bab agama ni. Zaman dulu kalau ada sijil darjah khas dah boleh jadi cikgu sekolah agama. Jadi ustaz atau ustazah. Kalau ada majlis majlis memang sah kena baca doa. Harap-harap anak anak yang pernah pergi darjah khas agama Johor bila dah besar nanti tahulah bab-bab halal haram. Termasuk berita hangat sehari dua ni tentang bufet tidak halal di hotel-hotel.

Lepas menghantar anak ke sekolah saya balik ke rumah dan dalam perjalanan sempat singgah di kedai surat khabar. Tengok-tengok paper kalau-kalau ada cite baik.Tengok Utusan Malaysia. Belek-belek mukasurat 13. Tajuk hot "24 hotel diragui statusnya-anjur promosi Bufet Ramadan guna bahan tidak halal"

Pihak JAKIM telah listkan nama-nama hotel tu.Alamak.Ada jugak nama hotel tu yang selalu kita dengar. Rasanya pernah jugaklah saya ke sana. Apa dah jadi ni.Yang buka puasa semuanya orang kita..melayu..islam. Hotel-hotel tu pulak siapa punya..hai ni kes berat ni.. Janganlah menipu umat islam...

Malam tadi di TV pun heboh kisah bufet hotel tidak halal ni.
Jadi saya nak cadang pada kerajaan 1Malaysia ni agar melekatkan sticker status makanan di pintu masuk hotel.
Bak kata pepatah melayu
Kalau Padi Katakan Padi Jangan Kami Tertampi-tampi...
Kalau   Halal Katakan Halal Jangan Kami Tercari-cari.
Kalau hala kata halal...Kalau haram kata haram...jadi senang pengunjung buat pilihan. Jangan Halal + Haram=HALAM.
Soal makan minum tak boleh kompromi.Tak halal tak boleh makan. Kata orang islam.Ini orang islam suka makan minum kedai tak confirm halal tu dah kira islam surat beranak atau islam kad pengenalan...
Macam-macam islam ada ..dulu saya selalu saya dengar perkataan Islam Hadhari...Tapi sekarang  KADANG-KADANG je orang sebut...
Tengok list hotel tu rasanya berat jugak hati kita nak berkursus di hotel-hotel selepas ni... penganjur kena tengok betul2 dapur hotel tu..

Oklah kalau anda semua teringin jugak berbuka puasa di hotel tengok-tengoklah list kat JAKIM tu...jangan terkena..kuasa membeli ditangan anda..

Saya pernah jugak buka puasa di hotel...tapi KADANG-KADANG je..

Selamat berbuka petang ni....
Jangan lupa doa makan....

BACA ARTIKEL DARI UTUSAN ONLINE (21.08.2010)

24 hotel diragui statusnya


Oleh SHOLINA OSMAN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati 24 hotel di Lembah Klang yang mengadakan promosi Bufet Ramadan telah menggunakan bahan yang diragui status halalnya.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, jumlah tersebut adalah daripada 34 hotel di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Pahang dan Kedah yang telah dipantau oleh pihaknya sejak 1 Ramadan.
"Daripada jumlah tersebut, hanya dua hotel didapati memiliki sijil halal Jabatan Agama Islam negeri,'' katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.
Wan Mohamad berkata, 24 hotel yang didapati menggunakan bahan tidak halal itu termasuklah One World Hotel First Avenue; Shah's Village Hotel; Prescoot Inn Kajang; Lagenda Cuisine Sdn. Bhd.; Oriental Crystal Kajang dan Eastin Hotel Petaling Jaya di Selangor.
Selain itu, hotel dan restoran di Selangor yang turut didapati tidak menepati status halal ialah Restoran Tupai-Tupai Kampung Sungai Tangkas, Bangi; Bangi Golf Restaurant dan The Saujana Kuala Lumpur, Subang.
Bagi Kuala Lumpur ialah Bistro & Theatre Restaurant di Pusat Pelancongan Malaysia (MTC); Impiana KLCC Hotel & Spa; Hotel Equatorial; Hotel Nikko; Hotel Concorde; Novotel K.L City Center; Cititel Mid Valley; Kanpei Restaurant di Micasa All Suite Hotel dan The Zon All Suites Residences.
Premis lain di Kuala Lumpur ialah The Royale Bintang; R & B Services Berjaya Times Square Hotel; Hilton Kuala Lumpur; Le Meridien dan The Regency Hotel manakala di Putrajaya ialah Putrajaya Shangri-La.

Beliau berkata, antara yang ditemui termasuk penggunaan bahan mentah berasaskan alkohol, bahan ramuan yang diragui, bahan mentah yang tiada pengesahan halal, ayam daripada sumber yang tidak jelas, percampuran di antara bahan mentah halal dan tidak halal di kawasan penerimaan dan stor penyimpanan.
"Ini jelas membuktikan promosi Bufet Ramadan yang ditawarkan tidak menepati Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan 'Halal') 1975,'' katanya.
Sehubungan itu beliau mengingatkan pengusaha hotel supaya tidak menyalahgunakan terma Bufet Ramadan yang boleh mengelirukan pengguna yang mengunjungi hotel untuk berbuka puasa.
Wan Mohamad berkata, Jakim akan terus melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan bersama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) kepada hotel-hotel ini pada setiap hari di sepanjang Ramadan.
Tambahnya, Jakim telah menerima 16 permohonan untuk mendapatkan sijil halal daripada hotel di seluruh negara sehingga di sepanjang Ramadan.
Katanya, daripada jumlah itu, sembilan hotel telah melengkapkan dokumen dan sedang diproses manakala tujuh lagi masih belum melengkapkan dokumen berkenaan.
Wan Mohamed berkata, sebanyak dua hotel telah diberikan sijil halal dalam bulan Ramadan ini iaitu JB Central, Johor dan Pearl International, Selangor.



19.8.10

RAMADHAN DAN FACEBOOK

Hari ini masuk hari ke 9 puasa.Badan semakin serasi dengan cuaca dan suasana ramadhan. Anak-anak saya tidak mengeluh lagi tentang lapar dan dahaga.Cuma kadang-kadang masih kelam kabut menunggu masa kecederaan di depan juadah berbuka menjelang azan maghrib. Biasalah. Dunia anak-anak. Alam kanak-kanak.
Bulan puasa ni ramai kawan-kawan call/sms/ nak chat di facebook. Kadang-kadang kena layan juga kawan-kawan kita ni. Ya lah hati orang kita..banyak yang emosional dari profesional. Di facebook macam-macam kisah ada. Gossip jangan ceritalah. Dari cerita artis, politik,perjuangan, melayu, islam,bonus,kereta baru, hal pejabat, boss,keluarga dan 1001 macam cerita ada di sana. Mana-mana yang nak cari dan menjejejak kawan-kawan lama dulu memang sesuai berfacebook ni. Ya lah boleh jumpa kawan dari sekolah tadika sampai kawan tempat kerja sampai pencen. Yang pastinya pelanggan broadband dijangka meningkat. Ini perkembangan baik untuk pelabur saham TELCO. Mana tidaknya setiap orang sekarang nak berinternet. Facebook punya pasal.
Bulan puasa memang aktif orang kita berfacebook. Lepas sahur nak tidur takut terlajak dan punch card merahjadi berFBlah kita. Tengahari FB. Petang tunggu wajtu berbuka FB. Kadang-kadang dalm kereta tunggu anak balik sekolah pun FB.
Apapun FB ni dapat mengeratkan silatulrahim.Yang jauh kita dekatkan Yang dekat kita binakan Satu Permuafakatan Ummah..Perpaduan Ummah kata orang politik gitu..
Ada juga yang berbalah dalam FB...nak saman sana sini...
Semoga FB dapat menyatupadukan orang kita...melayu...islam...biar lain warna bendera kita...lain logo parti kita...lain cara lain bicara...tapi kita tetap melihat anak bulan yang sama...
Saya ... Buka FB... KADANG-KADANG buka... kadang-kadang tidak...Anda bagaimana...... mungkin jarang-jarang.......
.. Teruskan puasa anda hingga waktu berbuka......

16.8.10

TARAWIH, MASJID,ORANG TUA, ORANG KECEWA

Hari ini hari ke 6 kita berpuasa. Banyak pejabat meng awal kan waktu balik kerja. Kalau biasanya waktu kerja tamat jam 5.30 petang bulan puasa ni waktu kerja setakat jam 4.30 petang . Nak bagi peluang ibu-ibu balik memasak dan bapa-bapa jalan-jalan di bazar ramadhan cari kuih muih dan juadah berbuka.

Malam tarawih macam biasa. Semalam lepas tarawih saya duduk kejap di tangga masjid sebelum balik. Sembang-sembang dengan seorang tua awal 60an kalau tak silap seorang cikgu pencen. Dia cerita pasal masjid dan pengunjungnya. Dia selalu ke masjid samada bulan puasa atau bulan-bulan biasa. Katanya masjid sekarang ni makin kurang pengunjung. Biasanya pengunjung masjid ada 2 golongan. Saya pun tanya golongan yang macamana tok? Pertama orang yang ke masjid adalah golongan tua. Yang kedua pula yang ke masjid adalah golongan kecewa. Terkedu sekejap saya dengar kata-kata orang tua ni. Saya diam dia pun diam. Nak tunjuk respon dan tanda hormat pada orang tua saya pun tanya soalan...Orang tua saya fahamlah mereka suka ke mesjid tapi orang kecewa macamana tu tok?.Orang kecewa..mungkin kecewa sebab gagal dalam bisnes, gagal dalam bercinta, rumahtangga goyah, hutang sana sini dan macam-macam lagi..jawab tok tu dengan pantas..
Tak apalah tok saya balik dulu sambil bersalam tok berpesan pada saya esok datang lagi ya..   .insyaallah..mungkin dia tengok saya agak muda dan belum kecewa jadi dia pelawa saya untuk terus ke masjid... baguslah..semoga langkah kita ke  masjid di malam-malam ramadhan ni kita teruskan di bulan-bulan yang lain..jangan tunggu tua atau telah kecewa baru nak jenguk pintu masjid...
Masjid kita sekarang ni banyak yang cantik-cantik tapi bila tiba waktu solat KADANG-KADANG penuh kadang kadang tidak....
Teruskanlah tarawih anda...

14.8.10

DERMA RAMADHAN DAH BERMULA...

Hari ni masuk  hari ke 4 kita berpuasa. Anak-nak kecil yang mengeluh letih,panas, haus sehari dua ni dah mula serasi dengan suasana puasa.Kita pun gitu jugak.
Semalam saya terima banyak surat dan kad raya...dari jauh-jauh bukan dekat..dari utara, kelantan dan Kuala Lumpur.. surat bukan sebarang surat ..bukan surat biasa..tapi surat minta derma..cantik siap degan gambar warna warni..projek cadangan masjid..rumah anak yatim..kos itu dan ini..
Surat-surat sebegini sememangnya muncul di awal ramadhan..ye lah ramadhan bulan keampunan banyakkanlah sedekah dan amal..
Ada juga surat derma yang pernah saya terima 15 tahun dulu..dan sekarang terima lagi dari pihak yang sama...derma bina masjid/madrasah..mungkin masjid itu belum siap lagi kerana duit tabung belum cukup...kos ditunjukkan RM 500K.. kalau saya orang berada atau bila dah kaya nanti nak rasanya saya tanggung kos kesemuanya..Ada juga surat dari pihak SAR...mohon bantuan beratus ribu juga untuk anak-anak tahfiz di utara...
Saya hulurkan borang derma pada rakan-rakan..kata mereka nak derma takut duit tak sampai..ya lah takut hilang di perjalanan..kerana zaman ini ramai peragut berkeliaran samada bermotosikal atau yang bertali leher..tapi niat derma yakin sampai je lah..mudah mudahan
Semua surat mohon sumbangan derma ni datangnya dari orang kita...melayu..islam..
Orang kita yang dah kaya tu kan ramai di luar sana..tolonglah golongan yang memerlukan..tajalah masjid/madrasah/SAR/Kelas;kelas tahfiz etc..
Di mana orang kita yang top-top dalam carta pujaan korporat terkaya yang terpampang wajahnya di Majalah Malaysian Business dulu..saya ada beli majalah tu..KADANG-KADANG beli kalau ada isu bagus..tengok-tengok kalau-kalau muka saya ada di situ..tapi belum lagi..sabarlah..mungkin satu hari nanti saya di situ sebab langit tak selalu cerah dan mendung pasti berakhir..miskin kaya adalah mainan duniawi..
Orang kita yang dah kaya raya derma dan tajalah institusi yang memerlukan..masjid/madrasah/SAR/Rumah anak yatim etc..wang bukanlah segala-galanya..kekayaan adalah amanah untuk kesejahteraan umat
Badan-badan korporat, syarikat-syarikat GLC yang untung 7, 8 ,9, 10 angka tu bantulah orang kita.. Kadang-kadang angka untung yang terpapar di kaca TV dan di dada dada akhbar tu susah kita nak kira..kata kawan saya boleh rosak calculator yang dibeli di kedai RM 2 kalau nak mengira keuntungan mereka.. Kata usahawan cina itu kalkulator boleh pecah mau kila itu untung..
Kadang-kadang saya teringat kata-kata bekas boss saya yang kini jadi usahawan jambu air..katanya dalam duit kita ni ada bahagian kawan-kawan..jadi belanjalah kawan-kawan..
Apapun berderma dan beramalah di bulan mulia ini..
Mungkin minggu depan banyak lagi surat derma yang akan mengunjungi saya..mungkin 5,10,100 dan banyak lagi..macam tahun-tahun dulu..
Orang kita memang pemurah tapi bila dah ramai sangat orang mintak derma kita KADANG KADANG derma kadang-kadang tidak...




12.8.10

BILA BAZAR RAMADHAN BERMULA

Hari ni dah masuk hari kedua kita berpuasa pada 1431H. Suasana sekeliling sangat berbeza. Pagi ramai datang awal ke tempat kerja.Bagus tu.Harap-harap berterusan selepas syawal nanti. Tengahari kedai-kedai makan sepi. Bazar-bazar ramadhan tumbuh bagai cendawan di sana sini. Ramai ke bazar..jalan-jalan...tengok-tengok...apa yang sedap..ada peniaga lama...ada juga yang baru nak belajar niaga..
Anak-anak suka ikut ke bazar ni...ramai nak suruh mak belikan air...sirap bandung ada,,,oren..air hijau..dan macam-macam warna lagi..semuanya nampak sedap tapi rasa belum tahu..
Kuih muih mula naik harga.. dulu 4 seringgit sekarang 3 seringgit..saiznya agak kecil mungkin sebab gula dah naik...
Ayam golek jadi tumpuan..sekor dah RM 16..apasal mahal sangat ni? Ayam dah naik bang macamana nak jual murah...lagipun petrol baru naik...apa yang turun...ada...air hujan turun...yang lain semua naik
Jalan-jalan di bazar ramadhan KADANG KADANG beli juga juadah berbuka kadang-kadang jalan-jalan tunggu waktu berbuka..
Peniaga jual itu ini KADANG KADANG habis kadang kadang tak habis...tak habis buat apa...mungkin bagi jiran sebelah rumah ...nak di buang sayang nak di makan banyak sangat...mungkin jualan yang tak terjual itulah untung mereka...apa pun semangat peniaga harus dipuji...Sambil berpuasa mereka berniaga...penat letih nak siapkan barangan jualan...KADANG KADANG mereka puasa.. kadang-kadang tidak...
Itulah Bazar Ramadhan
KADANG-KADANG kita pergi ke sana ..kadang kadang tidak..
Ramai ke sana bila dapat BONUS...
Bazar Ramadhan adalah suatu fenomena unik...

10.8.10

SELAMAT DATANG SELAMAT BERPUASA SELAMAT SEPANJANG MASA

Selamat Datang
Welcome
Mampir
ke blog KADANG-KADANG

Blog ni muncul sempena ramadan  1431H
Ramadan formal sangat sebutannya
anak saya yang kecik umur 3 tahun tak faham
sebut puasa faham sikit sebab kakak dan abangnya boleh terangkan
tanya pada abang puasa tak...puasalah jawab abang form 1 & form 4
tanya kakak darjah 4..puasalah jawab kakak...
tanya adik darjah 2 ...puasa tak ...KADANG KADANG puasa jawab adik...
teringat masa saya kecik dulu...darjah 1 dan 2...masa tu saya puasa... KADANG-KADANG tak puasa
kenangan bulan puasa ni membuat saya memilih tajuk KADANG-KADANG untuk blog ini..
Satu cite lagi...
Cite P Ramlee..1 banyak, 2 Sikit-Sikit ,3 KADANG KADANG , 4 jarang-jarang
apa ke benda tu? KAHWIN lah....
Jadi istilah KADANG-KADANG ni suka orang sebut...
Kalau tanya orang niaga di bulan puasa ni...untung ke niaga bazar ramadan ni bang?
KADANG KADANG dik...jawab peniaga...KADANG KADANG jual kuih habis KADANG KADANG tak habis...KADANG KADANG niaga..KADANG LADANG tak niaga.... KADANG KADANG kerja KADANG-KADANG tidak ..KADANG KADANG rajin...KADANG KADANG malas...
itulah wajah orang kita..
Jadi selalulah datang ke sini banyak cerita tentang kita, tentang melayu, islam dan kehidupan...
Selamat berpuasa dari saya
MOHD SABILAN BIN JAMIDIN

Saya jawa peranakan...
nama saya dalam bahasa arab lama bermaksud ...
SABIL=Jalan   AN = imbuhan AN...   MOHD=Yang Terpuji...  takkanlah perjalanan yang terpuji...tak kena tu bang...jadi PERJALANAN YANG DIRESTUI...
Tapi ingat ye... HIDUP INI SUATU PERJALANAN... BUKAN DESTINASI...
Perjalanannya di SINI  destinasinya di SANA nanti...
Banyakkanlah amar makruf kerana dunia ini adalah ladang ibadah....
.kerja itu ibadah..makan ibadah..tidur pun ibadah...tapi kenalah penuhi syarat dan tertibya...
(SABILAN kalau diterbalikkan jadi NALIBAS....itulah tercetusnya alamat blog saya ni...)
Jumpa lagi