29.1.12

SIAPA KAMAL ASHNAWI? TRILLIONAIRE DARI MALAYSIA?

BERITA HANGAT DARI UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 21 Jan. – Walaupun tidak tersenarai sebagai orang terkaya di dunia, anak kelahiran Perak, Kamal Ashnawi (KA) mendakwa beliau kini mempunyai wang simpanan melebihi 5 trilion Euro (RM20 trilion).

Dakwaan kekayaannya itu ditunjukkan dengan mengemukakan kepada pemberita salinan penyata bank HSBC di London yang seharusnya membolehkan beliau menjadi individu pertama di dunia bergelar ‘trillionaire’.

Kamal adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sierra Petroleum (M) Sdn. Bhd. yang pernah mencadangkan projek kilang penapis minyak mentah di Kedah pada 2005.
Kamal Ashnawi

Menurut majalah Forbes, Carlos Slim dari Mexico merupakan manusia terkaya di dunia tahun lepas dengan anggaran kekayaannya mencecah RM224.7 bilion dan Pengasas Microsoft, Bill Gates menduduki tempat kedua dengan kekayaan berjumlah RM170 bilion.



“Saya terpanggil untuk tampil bagi menolak segala tuduhan buruk yang dilemparkan sebelum ini ekoran cadangan projek pada 2005 yang tidak berjaya dilaksanakan kerana dihalang oleh pihak-pihak tertentu.

“Ini adalah tawaran terakhir saya bagi membantu orang Melayu dan syarikat-syarikat dengan melaburkan dana dalam tiga projek cadangan di Perlis, Johor dan Kelantan dalam masa yang terdekat,” katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini semalam.

Katanya, tiga projek yang bernilai trilion ringgit tersebut ialah projek pelancongan komersial di Kuala Perlis, taman tema berkonsepkan Pirates of The Carribean di Danga Bay, Johor Baharu, dan projek penempatan komersial di Kelantan.

Kamal berkata, segala urusan berkaitan tiga projek tersebut akan diserahkan kepada SAS Group iaitu sekumpulan pelajar alumni Sekolah Alam Shah yang merupakan bekas sekolah beliau sendiri.

Sejak projek penapisan kilang minyak di Kedah itu tergendala, katanya, dia lebih banyak menghabiskan masa di luar negara bagi menguruskan perniagaan.

Menurutnya, beliau akan bermastautin di Hong Kong mulai Mac ini bersama keluarganya sebelum ke Indonesia beberapa tahun kemudian.

Kamal memberitahu, kekayaan yang diperoleh berasal daripada warisan diraja menerusi akaun bagi Combined International Collateral of the Global Debt Facility yang dibuat keluarga diraja dunia pada 1875.

Dakwanya, beliau juga adalah keturunan diraja dari Jawa, Indonesia dengan namanya Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo dan dijangka ditabal menjadi Maharaja Indonesia dalam beberapa tahun lagi.

BAGAIMANA PERASAAN ANDA SETELAH TERBACA BERITA INI...

BOLEH PERCAYA KE...

SAYA AKAN MENJEJAKI KAMAL SECARA ONLINE DARI MASA KE SEMASA

7 ulasan:

  1. Cerita KA hampir sama dngan ramalan oleh JoyoBoyo, Ronggowarsito & Sabdo palon tentang Kemunculan Ratu Adil @ Satria Piningit @ Satria Pinandito Sisihan Wahyu.

    Adakah Ini satu kebetulan??

    “Ia dibesarkan di suatu tempat, tanah yang mempunyai sejarah besar Nusantara. Namun ketika remaja, ia berkelana ke arah barat dari tempat asalnya. Melakukan semua hal yang bisa melepaskan derita seseorang, tanpa mengharap pujian atau imbalan. Walaupun selama perjalanan itu, ia selalu di jegal oleh orang-orang yang iri terhadapnya.

    Hingga akhirnya ia telah kembali ke tempat asalnya untuk menumbuhkembang kan budaya tempat ia dilahirkan. Mengasuh pemuda-pemuda yang datang kepadanya, mengajarkan hakikat kehidupan dan tetap menolong sesama tanpa pamrih apapun. Kepulangannya ini lah titik awal dari pelaksanaan tugas yang sesungguhnya. Membuka gerbang impian rakyat akan hidup yang adil sejahtera.”

    salah satu petikan dari Ramalan Perjalanan Sosok @ tubuh Satria Piningit.

    Sebelum membuat kesimpulan terhadap sesuatu perkara, haruslah dikaji serta dibuktikan terlebih dahulu.
    sila kaji ramalan Joyoboyo tentang "Ratu Adil" @ Satria/Satrio Pinandito..
    Iaitu tentang seorang Raja yg Adil akan memimpin dengan kewangan yang sangat banyak.

    Kepada yang ingin mengetahui tentang Asset2 @ "Royal Asset" baca "The Green Hilton Agreement" iaitu antara Sukarno(sebagai pemegang amanah harta2@emas dari Indonesia) & F Kennedy.

    BalasPadam
  2. Kejadian gempabumi memang ada kaitannya dengan kedatangan “Ratu Adil”.Kesemua kejadian adalah menjadi tanda bagi mereka yang berfikir.Bermula dengan Tsunami di Acheh kemudian diikuti dengan beberapa gempa di Indonesia dan persekitaran dan begitu juga dengan kejadian gempa yang besar di Acheh baru-baru ini, kejadian the “smiling moon” dan juga meletus gunung berapi di Iceland.Perlu diingatkan bahawa zaman sekarang, kuasanya “wang” yang merupakan kuasa dalam menyelesaikan kebanyakkan masalah kemiskinan di dunia.Jadi mengikut prediction dari kitab jawa “Joyo Boyo”, Ratu Adil akan datang dengan kewangan yang banyak yang dapat mengatasi semua masalah manusia di dunia di samping mengujudkan keadilan dan kebenaran dengan menyatukan keempat kitab iaitu Taurat, Zabur, Injil dan Quran. Dengan penyatuan ini hampir 90% rakyat dunia ini akan mendapatkan ISLAM yang sebenarnya.Sebab itu sekarang ini dari ekonomi global, barat sudah mengalami kemelesetan dan kesemuanya akan berpindah ke Timur(Nusantara atau apa yang di sebut sebagai”Sundaland” atau the Lost City(Kumarikandam).Pernah di sebut akan ujud suatu bangsa di sebelah timur yang akan memerintah dunia di akhir zaman.
    Bilakah bermulanya the world financial system? Sebenarnya the world financial system bermula dengan jumlah emas(gold) yang banyak dari 125 javanese kings dan yang terakhir Raden Mas Ki Asmoro wijoyo.Dengan jumlah emas tersebut dan di ketuai oleh Maharaja Jepun Hirohito, maka bermulalah satu akaun yang bernama “International Combined Collateral Account” dan seterus nya dimanage oleh World Bank, U.S. federal Reserve, IMF dan seterusnya beberapa bank komersial yang besar seperti UBS, HSBC, CITIBANK dan seterusnya.Sebab itu Bung Sukarnaoe( sebagai trustee bagi raja-raja jawa) telah menandatangani perjanjian dengan Presiden John F kennedy utk pihak Amerika mengeluarkan wang untuk projek Apollo suatu ketika dulu.Bung Sukarnoe hanya sebagai trustee cuma dapat memperolehi 2.5% dari jumlah yang di keluarkan.Pemiliknya masih 125 raja-raja java dan ini merupakan kebenaran dan bukan mitos dan perjanjiannya Indonesia akan kembali kepada sistem monarki menjelang tahun 2012.Sekarang ini terdapat hampir 70 orang kerabat keraton’raja yang berada di Eropah dan Amerika Syarikat menunggu saat pembubaran republik sebab dengan pembubaran tersebut maka akan diperuntukaan sejumlah USD117Trillion untuk pembangunan seluruh Indonesia.Sebab itu walau apapun kejadian, seperti “bali Bombing”, kerajaan Amerika tidak berani mengenakan sebarang sekatan ekonomi ke atas Indonesia tidak seperti yang seringkali berlaku di negara-negara Arab. Infact, setiap Presiden Amerika yang baru akan melawat Indonesia seperti yang akan di lakukan oleh Barack Obama tidak lama lagi.
    Persoalannya, siapakah ” Ratu Adil ” yang di nanti-nantikan selama ini? Persoalannya kenapa apabila setiap negara meminjam dari “Royal Assets” untuk mencetak wang, terpaksa membayar interests sejumalh 6% setahun ke dalam akaun “KAMAL ASHNAWI”.Persoalannya “KAMAL ASHNAWI” seorang berbangsa Melayu dan berpaspot Netherland pernah di kunjungi oleh Pak Gus Dur dan Sheikh Abdul Ghafur(Ketua Pesantren Indonesia) suatu masa dulu pada thaun 2008.Kebenaranya, “KAMAL ASHNAWI” ini merupakan pewaris terakhir bagi kesemua harta-harta ini dan menggunakan gelaran”RADEN MAS PRABHU GUSTI AGUNG KI ASMORO WIJOYO”.
    Semua yang tertulis di atas merupakan kebenaran semata-mata, saudara-saudari yang di kasih boleh selidiki melalui rakan-rakan di dalam sistem perbankan, pak Kiai yang hebat dari ilmu hakikat dan makrifatnya dan juga ahli-ahli sejarah yang tahu tentang sistem perbankan dunia.
    Mungkin tulisan saya ini berkisar kepada tanda gempa yang besar berskal 7.3 richter scale di Acheh bulan Mei baru-naru ini kerana di janka kerajaan beraja yang pertama yang akan bermula di tahun 2012 ialah Acheh(serambi Mekah) dan diikuti dengan jajahan-jajahan yang lain.
    Wassalam

    BalasPadam
  3. Seronok baca komen dari Putra Sri Durga. Pastinya beliau telah membuat kajian tentng isu ini. Rakan2 yang mempunyai sebarang komen atau info bolehlah share di blog ini. Terima kasih.

    BalasPadam
  4. Salam. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Kamal Ashnawi,
    sila follow link di bawah:
    http://theinternationalmalaygroup.blogspot.com/

    BalasPadam
  5. pernah dgr dari cerita seorang rakan mengenai KA..aku harap ada update berita pasal KA..

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama01 Mac, 2013

    Cerita ini lebih kurang samas dgn cerita Asset Kesultanan Sulu yang ada Emas sebanyak 617,500 Metrik tonne. Yng kini harta itu di anggarkan telah mencapai 400 Duodecellion. Betul atau sekadar cerita dongeng....Waalahualam bissawab.

    BalasPadam
  7. Saudara / saudari bolehlah memperolehi maklumat lebih terperinci saya dan bank berkaitan di http://lordkamalashnawi.blogspot.com/

    BalasPadam