24.11.10

JUTAWAN INTERNET: Antara Realiti dan Angan Angan

Apakhabar Semua
Apakhabar Malaysia

Sejak internet diperkenalkan di Malaysia saban hari banyak cerita tentang menjadi jutawan melalui internet. Banyak kisah dibukukan, dituliskan, diwar-warkan tentang bagaimana internet boleh membuatkan seseorang itu menjadi jutawan atau setidak-tidaknya menjadi kaya raya.
Maknanya kaya dan tak perlu bekerja atau berniaga lain lagi. Betul ke cerita ni? Kisah anak-anak muda menjadi jutawan internet telah menjadi bualan umum.Rahsia Umum.Contohnya seorang anak muda di luar negara telah mencipta facebook iaitu sebuah laman sosial yang menjadi kegilaan 600 juta ahli berdaftarnya. Kisah 2 sahabat mencipta google dan menjadi jutawan. Itu kisah luar negara. Kita yang berada di Malaysia ini sudahkah mempunyai jutawan internet. Kita bicara dalam skop Malaysia.
Saya telah membuat intipan,risikan dan culaan dan mendapati untuk menjadi jutawan internet di Malaysia pada masakini masih merupakan suatu khayalan. Angan-Angan.Walaupun pelbagai kursus, buku,ebook,cd.vcd tentang perniagaan internet telah diterokai namun ianya masih bersifat khayalan atau fantasi.
Menjadi kaya dengan pendapatan 5 angka disebabkan internet mungkin boleh diterima. Memperolehi pendapatan sampingan sekitar RM 500 sebulan melalui internet memang boleh sebab saya sendiri pernah mencubanya.TAPI kalau sebut menjadi jutawan internet di Malaysia  adalah suatu yang agak keterlaluan.
Memang ada yang mendakwa dialah jutawan internet melalui kursus dan seminar dan cerita di buku-buku dan ebook yang dikarang sebegitu rupa. Sejauhmanakah kebenarannnya. Mana buktinya mereka menjadi jutawan? Berapa asetnya hasil perniagaan internet? Mungkin mereka yang mendakwa jutawan internet hanya  membuat propaganda atau cerita-cerita rekaan di kursus-kursus jutawan internet dengan matlamat mengutip yuran kursus mengikut kadar yang mereka tetapkan sendiri tanpa kawalan sesiapa. Bagi saya itu bukan jutawan atau usahawan internet.Itu jutawan kursus.
Mungkin ada yanbg menyanggah pendapat saya. Ada yang mendakwa jual barang secara online pun boleh laku seperti jual tudung, kerongsang, ebook dan lain-lain. Betul. Benar hujah itu. Tetapi adakah dengan urusniaga sebegitu terlahir seorang jutawan. Online biz di Malaysia masih perlahan ketika ini. Keyakinan masyarakat untuk membeli barangan secara online masih rendah. Yang ramai joint pun skim internet cepat kaya sedikit masa dulu. Itu yang kaya penganjur.Jutawan Kencing bukan Jutawan Internet namanya.

Walau bagaimanapun perkembangan internet biz dan online transaction di Malaysia semakin berkembang. Mungkin satu atau dua dekad lagi aktiviti berurusniaga online di Malaysia berjaya menjadi satu budaya dan ketika itu kelahiran ramai jutawan internet bukan lagi suatu angan-angan. Mungkin anda salah seorang dari bakal jutawan itu. Fikirkan dari sekarang.

Selamat malam
Jumpa lagi
abangms

20.11.10

CARILAH FORMULA MENINGKATKAN EKONOMI MELAYU JANGAN ASYIK CERITA POLITIK

Apakhabar Semua
Apakhabar Malaysia
Apakhabar Orang Melayu

Semoga ceria di aidiladha ini.
Pagi ini saya membelek akhbar-akhbar utama ...semua cerita politik. Semalam kelmarin pun tajuk utama masih kisah politik. Minggu lepas, bulan lepas,tahun lepas asyik-asyik cerita politik.Seingat-ingat saya sejak PRU 13 asyik-asyik cerita politik.Media, pengulas bebas di kedai-kedai kopi asyik cerita politik. Apa dah jadi ni. Melayu siang malam khayal cerita politik tetapi orang lain terus cerita dan bincang macaman nak meningkatkan ekonomi mereka.Menguasai hartanah di lokasi strategik.Kita asyik cerita politik.Apa dapat? Mungkin ada yang dapat bahagian tapi yang majoritinya dapat apa?Dapat apa? Habuk pun tak ada.Syok sendiri.

'Kita' perlu segera mencari formula meningkatkan  ekonomi. Siapa kita tu? Kita yang saya maksudkan ialah setiap individu melayu yang cukup umur (>21 tahun). Di peringkat individu perlu mencari formula untuk meningkatkan ekonomi masing-masing. Mungkin boleh berbincang dengan rakan-rakan jiran jiran atau kenalan agar dapat mencari jalan meningkatkan ekonomi masing-masing.Oleh itu topik perbualan dan perbincangan harian hendaklah fokus kepada isu meningkatkan ekonomi. Ringkasnya macaman cara nak cari duit lebih.Macaman nak laburkan duit yang ada.Apa peluang niaga baru dan sesuai di kawasan masing-masing yang boleh diceburi.Yang penting ekonomi masing masing ada peningkatan.Ada pengukuhan. Sebabnya orang lain siang malam memikirkan penguasan ekonomi dan kekayaan.Mereka tolong menolong sama sama bagi dan agih peluang kekayaan.

Cepat Bertindak. 
Jangan asyik cerita politik.
Cerita dan bincang macamana nak tambah duit dengan jalan yang betul. Macaman nak pinjam bank untuk bisnes.
Kalau dah ada duat bincangkan apa pelaburan yang sesuai.
Bagi yang makan gaji belajar macaman nak laburkan sebahagian pendapatan bulanan kita.
 
Kita semua perlu kaya di negara ini...agar tidak terpinggir lalu tersingkir akhirnya...

Jumpa Lagi
abangms




19.11.10

SALAM AIDILADHA: Sejauhmana Pengorbanan Kita

Apakhabar Semua
Apakhabar Malaysia
SALAM AIDIL ADHA

Saban tahun aidiladha disambut meriah.
Lembu,kambing dan ternakan dikorbankan.Satu ibadah umat islam.Kisah nabi Ibrahim dan Ismail dibicarakan diceramahkan dan diulaskan.Agar menjadi pedoman tauladan dan pengajaran.Iktibar.
Penghayatan kita tentang konsep pengorbanan dalam kehidupan harian  nampaknya masih longgar. Tidak ramai yang sanggup berkorban masa,tenaga dan fikiran ke arah pembangunan negara dan umat islam. Ramai yang masih bersikap acuh tak acuh dalam banyak perkara.Kurang kesungguhan sama ada dalam bidang pelajaran, pekerjaan dan sebagainya.. Sikap sambil lewa dan santai.Relax sebab tak nak pening.Suka dipuji dan mengampu untuk mendapatkan sesuatu walaupun prestasi diri sendiri sangat teruk.

Kita perlu berkorban untuk menggapai kejayaan bukan hanya ingin mengorbankan orang lain.

Berkorban apa saja
Harta ataupun nyawa 
                                                     (P Ramlee)

Salam Aidiladha
Jumpa lagi
abangms

13.11.10

BANJIR DI KEDAH :ANTARA UJIAN DAN PENGALAMAN

Apakhabar Semua
Apakhabar Malaysia

Minggu lepas kawasan di utara semenanjung terutamanya di negeri Kedah telah dilanda banjir besar. Berdasarkan informasi dari pelbagai media, banyak kawasan telah hampir lumpuh termasuklah bandar Alor Setar.Aktiviti harian tergendala. Sekolah, pejabat dan bank-bank terpaksa ditutup sebaliknya pusat-pusat pemindahan di buka untuk menempatkan berpuluh ribu mangsa banjir.

Saya tidak berada di kebanjiran itu tetapi berminat untuk turut menyibukkan diri menyentuh isu banjir di Kedah kerana negeri Jelapang Padi itu pernah menjadi tempat saya bermukim antara tahun1986 hingga 1992 iaitu ketika melanjutkan pelajaran suatu ketika dulu. Oleh itu tempat-tampat dan lokasi yang tercatat dalam kebanjiran minggu lepas amatlah tidak asing bagi saya. Nama -nama tempat seperti Jitra,Kubang Pasu ,Alor Setar dan Changlon merupakan tempat saya meremajakan diri. Bila ianya dibanjiri air bah maka saya turut terasa kesejukannya walaupun tidak berada di kebanjiran itu.Kata orang tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat mengaji.
Bagi yang menempuh banjir tersebut saya jangkakan pasti ia merupakan suatu pengalaman hidup.Mungkin ada yang merasakan ianya pengalaman pahit, maung,kelat,stress dan 1001 macam lagi.Manakan tidak banyak hartabenda musnah dan pastinya banyak wang dan RM yang perlu dikeluarkan selepas ini untuk memulihkan keadaan seperti sedia kala. Apapun bagi semua mangsa banjir saya berharap agar bersabar menempuh pengalaman dan ujian kecil ini.Sesungguhnya apa yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya. Hidup perlu diteruskan.
Media-media utama juga turut memuatkan komen orang-orang politik  ke atas kerajaan Kedah menangani masalah banjir tersebut. Pemimpin kerajaan Kedah pula menjawab komen-komen tersebut melalui akhbar Harakah. Masing-masing mendakwa mereka telah menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.
Apa yang dapat kita perhatikan kejadian banjir tersebut telah menguji manusia di Malaysia ini dari pelbagai sudut berikut:-

1) Ujian ke atas mangsa banjir mengharungi air bah dan perpindahan ke pusat pusat pemindahan.
2) Ujian ke atas kerajaan Pakatan Rakyat Kedah mengurus keadaan banjir tersebut.
3) Ujian ke atas kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah dalam urusan bantuan ke atas mangsa banjir.

Ujian pertama di atas saya yakin ramai yang telah Lulus.Mungkin kesemuanya telah Lulus.Walau bagaimanapun ujian kedua dan ketiga di atas tidak pasti lagi. Sebabnya ianya melibatkan politik.Politik adalah perlawanan persepsi.Masing-masing parti ingin menunjukkan atau memberi persepsi bahawa merekalah yang terbaik dalam menangani sesuatu isu seperti banjir yang berlaku kali ini. Tiada yang mahu mengalah. Tidak hairanlah jika di dalam media nampak ada perbezaan pendapat antara pemimpin-pemimpin kedua-dua belah pihak. Yang penting rakyat.Rakyat lebih tahu dan mereka yang akan menghakimi pemimpin setiap 5 tahun.

Saya juga mengucapkan selamat pulang ke rumah masing-masing dan tabah membersihkan rumah dan halamannya serta harta benda yang musnah akibat banjir tempohari kepada semua mangsa banjir di Kedah.
Sesungguhnya ada hikmah disebalik setiap kejadian.

Jumpa lagi
abangms