22.1.17
GEGARAN DONALD TRUMPH
Donald Trumph telah mengagkat sumpah sebagai Presiden USA yang ke 45.
Pelbagai reaksi seluruh dunia.
Trumph mengambil beberapa tindakan drastik yang dilihat mengutamakan Amerika antaranya:-
1.Tarik Diri Dari TPPA.
2.Pecat semua duta US di seluruh dunia tanpa namakan pengganti.
3.Mansuhkan Obamacare iaitu program penjagaan kesihatan era Obama.
4.Membangunkan sistem pertahanan dari serangan Iran dan Korea Utara
Apapun diharapkan kehadiran Trumph akan memberi lebih manfaat kepada dunia kerana tindak tanduk Presiden USA akan memberi kesan ke atas dasar luar mereka.
Selamat malam
abangms
10.1.17
KENAPA FAIZ SUBRI TAK BERBAJU MELAYU
Kenapa Tak Berbaju Melayu Ketika Terima Anugerah?
PENYERANG Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri memohon maaf kerana tidak memakai baju Melayu pada majlis Anugerah Bola Sepak FIFA 2016 di Zurich Switzerland, awal pagi tadi.
Mohd Faiz berkata, beliau terpaksa memakai pakaian formal baju sut berikutan cuaca sejuk sekitar -5 celsius.
"Keadaan di sini memang sejuk, saya terpaksa pakai baju kot. Bukan tak nak pakai baju Melayu tapi terlalu sejuk.
"Saya mohon maaf... Insya-ALLAH saya akan cuba pakai walaupun bukan di Zurich," katanya ketika ditemubual secara langsung TV3 di Zurich, sebentar tadi.
Sebelum ini, Faiz berhasrat memakai set persalinan lengkap baju Melayu yang ditaja beberapa pihak pada majlis anugerah bola sepak berprestij itu.
FIFA turut memberi kebenaran kepada Faiz selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat permohonan.
Mohd Faiz melakar sejarah bola sepak negara dan Asia selepas dinobatkan selaku pemenang Anugerah Puskas.
Jaringan ajaib berpunca daripada sepakan percuma yang melencong seperti 'banana kick' disifatkan 'melanggar hukum fizik' itu membolehkan penyerang berusia 30 tahun itu meraih anugerah jaringan terbaik itu pada Malam Anugerah FIFA di Zurich, Switzerland semalam.
Anugerah terbabit disampaikan legenda bola sepak Brazil, Ronaldo sekali gus menyaksikan kemenangan ini meletakkan Mohd Faiz sebaris dengan pemain ternama yang pernah merangkul anugerah terbabit seperti Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez.
Kemenangan ini juga menyaksikan bapa kepada dua cahaya mata itu mengecewakan hasrat bumi Amerika Selatan apabila mengetepikan dua pencabarnya, Marlone dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez.
Dipetik dari Sinar Harian 10/1/2017
7.1.17
2017 AZAM BARU HARAPAN LAMA
Selamat tahun baru 2017,
Dah seminggu kita berada di tahun 2017. 1 Januari 2017 menyaksikan kenaikan harga petrol dan diesel.
Naik 20 sen je...apa adahal. Itulah kata2 pemimpin jalanan.
20 sen memang tak banyak. Apa ada dengan 20 sen. Nasi lemak pun sebungkus beringgit-ringgit. Tetapi jika dikira dalam bentuk peratusan
20 sen / 1.90 sen (harga Disember) x 100% ianya bersaman dengan 10.5%. Banyak kan! Bagi para pelabur pasaran saham, remisier dan dealer 10.5% angka yang maha besar. Pak Cik Kayo jika 10.5% atau Pak Cik Derito jika (10.5%).
Memang kita faham harga bahan bakar telah ditetapkan oleh kerajaan mengikut pasaran. Kadang naik Kadang turun. Macam blog ini kadang update kadang sepi (KADANG2). Tetapi kesan turun naik bahan bakar ke atas harga barangan dan perkhidmatan amat menyakitkan.
Bila petol dan diesel naik, harga barang cepat je naik. Harga datang dah naik sebab tu kita terpaksa jual mahal sikit tuan, itulah ayat standard para peniaga. Maklumlah harga minyak naik jadi pengangkutan barang pun naik. Logik .
Tetapi apabila harag petrol dan diesel turun peniaga tak pulak menurunkan harga barang. Senyap je.
Jadi yang tetap menerima kesan ialah para pengguna. Begitulah keadaan seterusnya setiap kali berlaku kenaikan harga bahan bakar.
Tinggalkan dulu cerita naik 20 sen hingga bulan Februari nanti.
Tiap tahun baru ada azam baru. Sana sini tanya azam baru. Cikgu tanya murid apa azam baru murid murid sekelian.
Majikan tanya pekerja. Suami tanya isteri dan sebaliknya. Emak ayah tanya anak.
Kebanyakan orang yang saya temubual cerita pelbagai azam baru. Walau apapun azam mereka, yang pasti harapan mereka masih harapan lama yang belum tercapai atau harapan masih tak kesampaian.
Harapan bukan bermaksud Pakatan Harapan atau Harapan Baru. Itu harapan politik. Harapan mempunyai makna yang lebih luas.
Harapan meliputi impian untuk berjaya daam kehidupan, meningkatkan taraf ekonomi kelurga, mencapai kejayaan dalam pekerjaan, dalam pelajaran, dalam perniagaan, dlam hubungan hablumminnannas dan hablumminallah.
Semoga Harapan Lama anda dapat dicapai di tahun 2017 ini. Tiada ertinya jika Azam Baru tetapi Harapan Tak Kesampaian.
SELAMAT TAHUN BARU 2017.
abangms 2017
Langgan:
Catatan (Atom)