16.6.12

KITA DAN PRU13

Salam semua,
Lama tidak mengupdate blog ini kerana kesuntukan masa akibat aktiviti duniawi ini. Sedikit masa terluang hari ini ingin saya berkongsi pandangan dan idea mungkin juga igauan tentang KITA DAN PRU13.
Sana sini cerita PRU13 bila nak diadakan. Sama ada diwarung2 kopi, lobi2 hotel, pantry2 pejabat semua bicara tentang bila PRU13 nak diadakan. Ramai tersangat teruja untuk menempuhi PRU13 ini. Apa specialnya PRU13 ni. Bukankah sama saja dengan lain-lain PRU sebelum ini!
Sketsa dan skrip setiap PRU hampir sama saja rentak lagunya. Bila Parlimen dan DUN dibubarkan, kempen bermula dengan perang bendera di sana sini. Pemimpin dan mereka yang berangan nak jadi pemimpin melobi siang malam nak jadi calon parti masing-masing. Selepas penamaan calon, kempen bermula. Perang poster sana sini. Ceramah sana sini. Jamuan sana sini. janji sana sini. Hinggalah hari mengundi.

Selepas undi dikira, keputusan diumumkan, siapa menang siapa kalah, siapa membentuk siapa menjadi pembangkang diketahui umum.....
Lepas pilihanraya YB2 baru angkat sumpah.jadi YB.......
Kabinet dibentuk.
Kerajaan negeri dibentuk.
Yang menang gembira dengan ulasan tersendiri.
Yang kalah sedih dengan alasan tersendiri.
Rakyat macamana?
Adakah dipedulikan dan didekati seperti semasa musim kempen dan mengundi
Atau rakyat sentiasa tercari-cari YB bagi menagih janji demi mencari sesuap nasi
Itulah skrip biasa PRU

Tetapi
Tetapi
Tetapi
PRU 13 ini dinantikan sangat sangat ekoran keputusan PRU12 yang mencatat sejarah dan di luar kebiasaan.
Ekoran keputusan PRU12 yang menyaksikan BN gagal mencapai kedudukan 2/3 majoriti di parlimen, pihak pembangkang sangat optimis untuk mencapai kemenangan pada PRU13 nanti ...Keyakinan ini acapkali diluahkan oleh pemimpin pembangkang di dalam siri ceramah mereka di sana sini...
BN juga optimis untuk mengekalkan kerajaan BN selama ini. Kenyataan pemimpin BN saban hari menggambarkan keyakinan BN.

Kini,
Hari hari pelbagai isu ditimbulkan di media massa
Akhbar, TV, Media baru internet, telefon, laman sosial sentiasa menyajikan sesuatu yang panas hangat dan suam suam.

Kita rakyat memerhatikan perkembangan saban hari sambil tertanya-tanyan bilakah PRU13 nak diadakan
Mungkin kita sudah ada keputusan atau pilihan untuk diterjemahkan di kertas undi
Atau kita sekadar menanti sambil syok sendiri kerana sebahagian kita tetap begini walau siapa pun yang memerintah. Tetap kais pagi makan pagi. Tetap bekerja hempas pulas tapi simpanan tak meningkat sebab kos hidup yang semakin tinggi dan mencengkam ekonomi keluarga. Yang kerja makan gaji separuh nyawa mematuhi arahan majikan tetap tak naik pangkat. Mungkinkah sebahagian dari kita dilahirkan untuk kecewa sebelum dan selepas  PRU13 yang tarikhnya masih  terus menjadi teka-teki.

wassalam
abangms




18.2.12

SIAPA PALING KAYA DI MALAYSIA 2012


Dari mstaronline 16.02.2012
Berikut ialah senarai lengkap 20 orang paling kaya di Malaysia pada 2012 (sehingga 20 Jan, 2012):
Nama Kekayaan (RM Juta)Syarikat:
Robert Kuok Hock Nien 45,700.00 KerryGroup/KuokGroup
T Ananda Krishnan 42,998.00 Usaha Tegas
Tan Sri Teh Hong Piow 12,642.01 Public Bank
Tan Sri Lee Shin Cheng 11,356.55 IOI Group
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary 9,530.00 Albukhary Foundation
Tan Sri Quek Leng Chan 8,002.92 Hong LeongMalaysia
Tan Sri Lim Kok Thay 7,585.07 Genting Group
Puan Sri Lee Kim Hua 6,588.33 Genting Group
Tan Sri Tiong Hiew King 6,411.46 Rimbunan Hijau
Ong Beng Seng 4,919.56 Hotel Properties Ltd
Tan Sri Azman Hashim 3,470.00 Arab-Malaysian Corp
Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun2,541.74 Berjaya Group
Datuk Mokhzani Mahathir 1,937.27 Kencana Petroleum
Datuk Lee Yeow Chor 1,787.85 IOI Group
Tan Sri Tony Fernandes 1,772.42 AirAsia
Lee Yeow Seng 1,746.00 IOI Group
Tan Sri Lau Cho Kun 1,721.64 Hap Seng Consolidated
Tan Sri Yeoh Tiong Lay1,711.84 YTL Group
Tan Sri Lee Oi Hian 1,589.97 Batu Kawan
Datuk Lee Hau Hian 1,586.18 Batu Kawan

11.2.12

MASIH PERLUKAH LAGI UNIT PENYERTAAN BUMIPUTERA ?

Masih perlukah lagi unit penyertaan bumiputera di bank-bank dan agensi-agensi kerajaan?
Mari kita dengar saranan seorang bekas menteri kabinet ni.

Adakah ianya boleh disebut sebagai 'tongkat' untuk bumiputera?
Apa komen anda?