14.4.11

MAMPUKAH PEMBANGKANG GUGAT BN DI SARAWAK?


Berbicara soal politik suatu yang cuba saya elakkan di blog ini.
Kerana saya bukan orang politik. Aktivis politik pun tidak.
Tapi berkawan dengan ramai  orang politik. Baik dari BN atau PR.
Bukan bermakna saya talam bermuka dua.
Tuntutan kerjaya memerlukan saya berkawan dengan semua.
Kerana mereka potential client saya.
Yang kurang duit saya berikan duit.
Yang banyak duit saya pinta simpan duit mereka di tempat  saya bekerja.

Suasana semasa sangat panas.Cuaca sememangnya panas.
Batuk selsema fenomena biasa di sana sini.
Bahang Panas pilihanraya Sarawak ke 10 terasa amat
Ulasan media arus perdana serta perdebatan di laman laman sosial serta klip-klip video dari calon2 bertanding membuatkan saya begitu teruja dan terpanggil untuk mengikuti perkembangan di Sarawak.

Saya tertarik dengan tinjauan dan kajian serta pemantauan oleh Zentum Future Studies di bawah kendalian seorang prof tempatan iaitu Prof Abu Hassan Hasbullah yang meramalkan BN Sarawak akan jatuh atau tewas dalam PILIHANRAYA KE 10 DUN Sarawak.Kenapa agaknya Zentrum Future berpendapat sedemikian.
Jom  kita baca ulasan tersebut yang tersiar di akhbar harakahdaily.


Zentrum ramal BN Sarawak akan jatuh

Harakahdaily   
KUCHING, 14 April: Jika betullah kajian yang dibuat oleh Zentrum Future Studies, kerajaan BN Sarawak bakal jatuh dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ini apabila Zentrum meramalkan, BN hanya akan mendapat 24 kerusi Dun.
Pakatan Rakyat pula, Zentrum meramalkan akan mendapat 27 kerusi, Snap 13 kerusi manakala selebihnya calon bebas iaitu tujuh kerusi.

Hasil ini diperolehi berdasarkan kajian Zentrum melalui projek Sarawak Election (SELECT 2011) - iaitu Prediksi Period 2 oleh badan yang dipimpin oleh Dr Abu Hassan Hasbullah itu.
(Rajah: Sarawak Election (SELECT 2011) - Prediksi Period 2: Kedudukan parti)
Kajian itu meramalkan, PAS akan menang di tiga dari lima kerusinya iaitu N24 Beting Maro (PAS 53%, BN 47%), N22 Sebuyau (PAS43%, BN 40%, Bebas 17%) dan N3 Tanjong Datu (PAS47%, BN 35% dan Bebas 18%).

Dua lagi kerusi PAS adalah N20 Sadong Jaya (PAS 41%, BN 43% dan Bebas 16%) dan N15 Muara Tuang (PAS48% dan BN 52%).

Kajian itu juga meramalkan, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud akan kalah di Balingian di tangan sepupunya, Datuk Salleh Jafarudin (BN 33%, PR 30% dan Bebas 37%).

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian pula diramalkan kajian ini akan menang di Ba'kelalan (PR64% dan BN46%).
Keputusan ini berdasarkan laporan prediksi period 2 yang dibuat oleh Zentrum PRN Sarawak 2011 yang disiarkan dalam lamannya di facebook hari ini.

Ia akan berubah bila-bila masa berdasarkan maklumat terbaru yang diterima oleh petugas kajian ini.
Namun begitu, ketepatan kajian ini agak meragukan untuk dibuat keputusan muktamad kerana semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor, ramalan yang dibuat oleh Zentrum tersasar apabila didapati calon Pakatan Rakyat dari PKR, Datuk Zaid Ibrahim kalah kepada calon BN Kamalanathan
Padahal keputusan akhir kajian Zentrum menunjukkan calon PKR itu akan menang dengan majoriti tipis.
(Graf: Sarawak Election (SELECT 2011) - Prediksi Period 2: Bandingan Kaum)
Bagaimanapun, kajian ini bakal menjadi antara petunjuk awal ke manakah arah tuju pilihan raya Sarawak kali ini.
Sebelum ini, pengkaji PAS meramalkan, sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak sudah dalam genggaman Pakatan Rakyat manakala 11 kerusi lagi boleh jatuh bila-bila masa kepada Pakatan.

Dari 71 kerusi yang dipertandingkan, BN pula setakat ini didakwa hanya selesa di 43 kerusi, kata Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media PAS di Pejabat Badan Perhubungan PAS, di Matang Jaya di sini.

Menurut Malaysiakini pula, kerusi selamat untuk BN hanya 28 sahaja manakala 19 sudah dimenangi pembangkang manakala 24 kerusi lagi sedang menjadi rebutan.


Jadi apa komen anda semua tentang pendapat Zentrum Future di atas? Sejauh mana kebenarannya! Segalanya akan terjawab selepas 16 April nanti…
Jumpa lagi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan