10.9.21

SALAM NORMA BARU DUDUK RUMAH

Assalamualaikum,

Salam sejahtera,

Apakhabar para pembaca, follower, atau siapa saja yang singgah atau tersinggah di sini.  Semoga anda sihat sejahtera stay safe. Kata orang seberang waras.

Bertahun x mengupdate, banyak faktor penyebab. Sedar sedar negara dah lockdown.

Insyaallah blog ini kembali akan kembali aktif.

Dalam mengharungi pandemic covid19 banyak cabaran ke atas kehidupan tuan puan. Semua terkesan. Covid 19 tak mengenal siapa anda. Mungkin anda seorang pelajar, guru, pekerja, penganggur, pemimpin, pemerintah, pembangkang , tokoh korporat, penjaja jalanan dan siapa saja pasti terkesan.

Kehidupan kini sering disebut dengan istilah Norma Baru. Apa yang baru? Cara baru. Kehidupan yang lain dari yang dulu.

Pakai mask. Duduk rumah. Banyak kedai tutup. Ada road block jika nak rentas daerah. Tak boleh duduk dekat dekat. Tak boleh makan dalam kedai atau dine in. Sekolah tutup. IPT tutup. Belajar dari rumah. Bekerja dari rumah. Dah vaksin ke belum. Dos 1. Dos 2.

Itu antara ciri2 Norma Baru.

Apapun hidup perlu diteruskan. 

Setakat ini dulu mukadimah awal setelah saya lama menyepi.

Patuhi SOP

Kita Jaga Kita

Jumpa lagi





Tiada ulasan:

Catat Ulasan