Apakahabar Semua,
Apakhabar Malaysia,
Masih sibuk lagi dengan open house, rumah terbuka hari raya? Semoga anda terus bersabar melayani jemputan-jemputan majlis rumah terbuka/ jamuan terbuka hari raya.
Semalam saya menghadiri rumah terbuka dari pagi hingga malam.Penat tapi seronok.Minggu ini mungkin tiada lagi jemputan rumah terbuka tetapi kadangkala selepas bulan syawal pun masih ada lagi majlis jamuan hari raya.Nampaknya majlis-majlis sebegitu telah menjadi tradisi dan budaya orang kita.
Tamat post-post tentang rumah tebuka dan cerita hari raya.Kita tukar topik, bab, tajuk, post lain di blog ini kerana syawal berlalu pergi semoga berjumpa lagi di tahun depan.
Akhir-akhir ini saya melihat keasyikan orang kita tentang perebutan KUASA.Berebut jawatan.Lobi-melobi. Kempen mengempen. Undi-Mengundi. Pilih Memilih. Masing-masing merasakan mereka yang terbaik dan patut dipilih.Contohnya pemilihan pimpinan PKR, pemilihan ADUN Galas di Kelantan (penyandangnya telah meninggal dunia).
Di seseterngah organisasi pula perebutan menduduki kerusi atau jawatan jawatan penting juga sedang berlaku. Masing-masing mendakwa mereka yang paling layak walaupun umum melihat sebaliknya.Mendakwa layak tetapi setelah terpilih kurang inovasi dan gagal memberi sentuhan-sentuhan ajaib untuk kemajuan dan pembangunan tempat yang dipimpinnya. Bercakap tapi kurang bertindak atau pun bertindak tapi kurang berhasil. Kata sahabat lama saya ,kadang -kadang kita ni banyak buat kerja tapi tak ada hasil.

Cerita tentang kuasa saya teringat tentang kuasa-kuasa yang menawan dunia. Ada 3 kuasa besar yang menawan dunia dan ketiga-tiganya bermula dengan huruf J.Dua J telah menawan dunia dan satu J lagi masih menjadi tandatanya! J adalah hurum rumi ....kalau tulisan jawi bermula dengan huruf JIM.
Perang Dunia pertama kuasa J yang menguasai sebahagian dunia ialah Jerman.Perang dunia kedua kuasa J yang menggoncang dan menggegar dunia datangnya dari Asia iaitu Jepun.Banyak negara dijajah dan ditakluk termasuklah Malaysia.Setelah gugurnya bom atom di Horoshima dan Nagasaki barulah J tersebut berundur dan menyerah kalah lantas meninggalkan Malaysia.Kesan sejarah dan peninggalan Jepun di Malaysia masih kekal hingga hari ini dan salah satu yang masih dan terus popular ialah SELIPAR JEPUN.
Begitu juga dengan kereta buatan Jepun yang banyak memenuhi jalan-jalanraya dan jalan-jalan kampung seluruh negara.
Begitu juga dengan kereta buatan Jepun yang banyak memenuhi jalan-jalanraya dan jalan-jalan kampung seluruh negara.
Biarkan 2 J itu menjadi sejarah.Yang baik jadi tauladan yang buruk jadi sempadan.Setiap peristiwa itu ada hikmah di sebaliknya. Sama ada kita dijajah atau menjajah. Sama ada kita berkuasa atau tidak berkuasa. Asalkan jangan gila kuasa.
Yang saya nak kongsi dengan anda ialah siapakah J seterusnya yang akan menawan dunia.Hasil soal selidik dan tinjauan rambang saya mendapati rata-rata mengatakan selepas ini J yang akan menawan dunia ialah JAWA. Jawa yang bagaimana? Pulau Jawa atau insan-insan berketurunan Jawa.Orang jawa tidak kira di mana jua dijangka bakal menguasai dunia. Rakan-rakan saya yang berketurunan JAWA sangat bersetuju dengan saya manakala yang bukan berketurunan JAWA masih bersikap berkecuali. Atas pagar kata orang politik. Ada juga yang tidak bersetuju semata-mata kerana mereka bukan berketururnan Jawa.
Anda bagaimana?
Setuju ke Jawa bakal menjadi J seterusnya yang akan menawan dunia?
Banyak hujah dan rencah tentang pencapaian orang Jawa masakini di Malaysia baik dari segi ekonomi, pemegangan posisi penting di pelbagai sektor awam amaupun swasta dan dalam kepimpinan politik negara. Bekas MB Selangor dan Tan Sri TPM mungkin setuju dengan saya..Banyak lagi kisah kejayaan Jawa yang belum dibincangkan...
Di post-post akan datang mungkin boleh kita bincangkan isu kenapa dan mengapa Jawa bakal menawan dunia.Apa rasional kenyataan tersebut.Adakah ianya hanya ilusi para blogger atau lebih dari itu?
Di post-post akan datang mungkin boleh kita bincangkan isu kenapa dan mengapa Jawa bakal menawan dunia.Apa rasional kenyataan tersebut.Adakah ianya hanya ilusi para blogger atau lebih dari itu?
jumpa lagi
p/s: Tahukah anda bahawa Sate dan Soto adalah makanan warisan Jawa yang menghiasi meja makan rumah-rumah terbuka hari raya di Malaysia. Mungkin juga rumah anda?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan