26.3.11

KERJA ATAU KERJAYA

Apakhabar Semua
Apakhabar Malaysia

Hujan lebat sana sini dah beransur reda
Ramai lega
Banjir tak jadi
Nelayan dan mula ke laut mencari rezeki
Ikan dah mula ada di meja-meja pasar awam.. sana sini..
Macam-macam ikan ada, macam-macam harga disebut penjual...
Ikan mahal rungut akak dan abang2 yang ke pasar...
Teringat saya pada kata-kata bos  lama saya yang dah naik pangkat lagi...murah rezeki dia...
Dia kata
Kalau Harga Ikan Naik Kita Makan Ayam
Kalau Ayam Naik Makan Telur

Kalau Telur naik macamana pulak?
Makan telur separuh lah...

Jepun cite Tsunami
Malaysia cite Pilihanraya Sarawak
Malaysia hot cite video seks,liwat, tuduh sana-sini...Datuk T, lelaki Y, semua maksum... kata orang lain tak betul..itu tak betul ini tak betul...entah apa yang betul..siapa salah siapa benar...apa yang benar..

Sesunggguhnya mati  itu benar...syurga  itu benar..neraka itu benar...Sama samalah ingat mengingati..Jangan syok sendiri dengan tipudaya dunia yang sementara ini...

Kita lupakan tentang itu semua

Post kali ini saya nak kongsi tentang kerja dan kerjaya
Ramai anak buah saya, anak-anak rakan saya yang baru tamat sekolah tak kiralah sek.rendah,menengah,IPTA,IPTS bila jumpa saya asyik tanya kerja kosong...nak cari kerja...saya kata buat apa nak cari kerja....carilah duit...orang tak nak kerja tapi nak duit...nak kayo...sebab tu banyak skim cepat kayo...
Sebenarnya kerja tu banyak kosong di Malaysia ni
Tanyalah Mata Mat Indon Bangla Nepal dll yang datang berduyun2 ke sini..
Sebab apa mereka datang? Nak kerja di sini...jawap mereka
Kenapa nak kerja di sini....Di sini banyak kerja kosong..kata mereka....
Mungkin orang kita tak nak kerja-kerja tu ...kerja buruh,kilang,amah...
Orang kita nak kerja opis yang ada  econd...sejuk...lena...
Tak ada kerja mohon kerja...dah dapat kerja curi tulang, berat tulang,berat bontot......memang berat...
Kita asyik dakwa kita tuan...tapi anak2 kita kerja di kedai,company milik orang asing...kaum pendatang...apa nak buat itu yang kita suka...itu pilihan kita...

Bagi yang nak kerja kerajaan  atau nak jadi cikgu sebab kata mereka banyak cuti dan kerja senang carilah kerja-kerja kosong di link di bawah ini:-






Setelah terpilih bekerjalah dengan sebaik-baiknya
Bukan hanya bekerja tetapi berkerjaya...KERJA DAN KERJAYA dua perkara yang berbeza...apa bezanya...LU PIKIRLAH SENDIRI bak kata nabil raja lawak

SESUNGGUHNYA KERJA ITU IBADAH...
UNTUK APA ANDA HARUS BERMALAS-MALASAN KETIKA BEKERJA...

SELAMAT MENCARI KERJA

9.3.11

CATATAN BUAT HOSNI MUBARAK: Apa yang anda Cari?

Apakhabar Semua
Apakhabar Malaysia

Lama tak post di sini..sibuk memanjang dengan hal ehwal duniawi..
Mutakhir ini bercelaru kita dek ketidaktentuan cerita dan berita..
Cerita bantahan rakyat ke atas pemerintah di asia barat...Mesir,Tunisia,Libya...membuat saya rasa terpanggil untuk post di sini...ya cerita DUNIAWI...
Bantahan rakyat terhadap kerajaan...ketidaksetujuan pembangkang terhadap parti pemerintah adalah perkara biasa...tiada apa yang nak dihairankan...lumrah dan fitrah..
Yang membuat saya rasa hairan ialah jumlah harta kekayaan pemimpin-pemimpin di negara-negara yang menghadapi pergolakan dari demonstrasi rakyat akibat rasa ketidakpuashatian...banyak sungguh harta mereka...berbillion dollar...bukan RM tapi USD...
Untuk apa sebenarnya kekayaan peribadi berbillion2 USD itu?....Mungkin anda semua kata saya ni kurang cerdik sebab tak tahu untuk apa wang sebanyak itu....
Ya kaya mungkin boleh membeli segala-galanya...tapi tidak semua perkara boleh dibeli dengan kekayaan...ketenangan hati dan jiwa tak boleh dibeli...kesihatan dan nyawa juga gagal dibeli oleh si kaya...nyawa tak boleh dibeli sampai ajal matilah kita walaupun kita terkaya di bumi ini...
Memanglah kaya tu menjadi impian manusia normal...tapi sampai berbillion2 USD tu banyak tu...macamana nak kira guna kalkulator...rosak kalkulator dibuatnya...pernahkah anda melihat wang 1 billion USD...mungkin belum pernah...
Isu dan persoalannya bukan kaya itu sifat yang burulk atau keji...soalnya bagaimanakah manusia yang tidak kaya sangat menjadi billionaire setelah beberapa tahun, berbelas tahun malah berpuluh tahun menjadi ketua negara...atau menjadi pemimpin rakyat...dan  dalam masa yang sama rakyat di negara/kawasan yang dipimpinnya masih ramai yang bergelut dengan kemiskinan hidup...
Saya berpendapat pemimpin sesebuah negara adalah dipilih oleh  rakyat untuk mentadbir dan mengurus atau mentadbir urus negara demi memastikan kesejahteraan rakyat terjamin dari segala aspek meliputi kehidupan sosialnya, ekonomi,pendidikan,keselamatan dan memastikan kekayaan atau khazanah milik negara diagihkan secara adil dan saksama serta menyeluruh kepada rakyat......
ringkasnya mereka  adalah pemegang amanah untuk mengendalikan negara dengan mendahulukan rakyat dalam isu-isu yang memberi manfaat kepada rakyat......bukan mendahulukan rakyat dalam isu2 yang menyukarkan kehidupan rakyat...apatah lagi menipu dan menindas rakyat...

Kalaulah pemimpin negara2 yang sedang dilanda bantahan rakyat tadi amanah maka mereka tidak sewajarnya menjadi terlalu kaya dengan berselindung di sebalik kuasa bagi mengaut dan memunggah kekayaan negara dan mengagihkannya kepada kaum keluarga dan rakan serta kenalan rapat dan mereka yang sewaktu dengannya sahaja...
Sememangnya pemimpin dibekalkan dengan kuasa......mereka sukar menjadi terlalu kaya melainkan menyalahgunakan kuasa khususnya dalam pengagihan kek ekonomi sesebuah negara....sebab itu bila mereka digulingkan terserlahlah jumlah kekayaan di luar akal manusia biasa...

Isu ini tercetus di negara yang pemimpinnya beragama islam yang berpegang kepada rukun islam dan rukun iman sebagai asas...
Mereka percaya adanya kehidupan selepas dunia ini.....dan percaya bahawa mati itu benar serta mereka hanya membawa sehelai kain putih sahaja...saya yakin Hosni Mubarak dan rakan-rakan sejawatnya di negara2 islam lain percaya hal ini...
JADI APA YANG MEREKA CARI SEBENARNYA DI DUNIA INI...
Mungkinkah mereka masih belum bertemu dengan shafie atau hambali....yang dicari selama ini..

Jumpa lagi




7.2.11

BANJIR LAGI

Apakhabar Semua
Apakhabar Malaysia


Januari, Februari tahun ini banjir datang lagi
Khabarnya banjir di Johor lebih teruk dari 2006..
Banyak yang rosak
Hartabenda, ternakan,pelbagai barangan lagi rosak

Semoga mangsa banjir semua tabah
Hidup perlu diteruskan selepas banjir
Ada hikmah disebalik sesuatu kejadian

Sama-sama kita membantu mereka
Walaupun dengan sepotong ayat bernama doa

Agar banjir menginsafkan kita semua
Sesungguhnya kita tidak dapat melawan kuasa ilahi...

Jumpalagi

9.1.11

MINGGU PERTAMA 2011

Apakhabar Semua
Apakhabar Malaysia
Selamat Tahun baru 2011
Dah lebih seminggu kita berada di tahun 2011. Masih baru kerana setahun ada 365/366 hari.Kini baru 9 hari.
Selamat tahun baru.
Tahun baru, baru bermula.Ada cerita dan berita.
Harga getah semakin meningkat.
Selangor mendapat SUK baru, baru mengangkat sumpah depan Sultan Selangor. PRK DUN Tenang Johor akan di adakan di tahun baru ini 30 Januari.
Banjir mula melanda pantai timur.
Hujan sana sini. Sejuk.
Petrol RON 97 naik lagi.
Barangan harian nampaknya makin naik.
Hidup perlu diteruskan.
Setuju atau tak setuju dengan persekitaran. Barang Naik.
Jangan panik,pening atau marah marah
Tak payah demo sana sini
Bakar sana sini
Saman sana sini
Tuduh sanaTuduh sini
Sabar. Sabar itu subur tak sabar masuk kubur.
Luahkan segalanya di PRU ke 13 nanti.
Pilih parti mana yang anda fikirkan dapat bantu rakyat
Kalau setuju dengan yang ada kekalkan
Kalau tak setuju kata tak setuju

SEKALI LAGI................... SELAMAT TAHUN BARU 2011

31.12.10

CATATAN HUJUNG 2010

Apakhabar Semua
Apakhabar Malaysia

Hari ini semua golongan pekerja di Malaysia bercuti.Cuti mengejut sebab team harimau muda menjuarai Piala Suzuki AFF di Gelora Bung Karno. Tewas tapi menang. Menang agregat 4-2 menamatkan kemarau dan penantian 14 tahun sejak piala itu diperkenalkan. Ramai yang tertanya tanya makna Gelora. Gelora mungkin digambarkan sebagai huru hara atau tidak tenteram,tidak tenang. Gelora Bung Karno bukan bermakan stadium bolasepak itu tidak tenteram. Gelora di sana adalah singkatan perkataan Gelanggang Olahraga. Semoga persoalan anda tentang Gelora telah terjawab.

2010 yang penuh suka duka hampir melabuhkan tirainya bebrapa jam lagi.Cerita itu ini perlu ditinggalkan dalam lipatan sejarah 2010.Yang baik jadi pedoman yang kurang baik ditinggalkan.Gagal 2010 bukan beerti gagal di tahun-tahun akan datang.
Cabaran 2011 akan bermula. Tak kira siapa anda cabaran 2011 perlu digalas.Pelajar,pekerja,CEO,Eksekutif,Bisnesman,ahli politik  semuanya perlu mengharungi 2011. Mungkin PRU ke 13 berlaku pada 2011. Bagi yang belum mendaftar undi ayuh segera mendaftar.Undi anda memberi seribu makna.
Bagaimana agaknya harga barangan harian pada 2011,Apakhabar harga petrol dan diesel?Naik lagikah.Turunkah?Sama-sama kita tunggu.Harap-harap harga bahanapi dapat diturunkan agar harga barangan harian juga turun.Kos pengangkutan adalah alasan utama kenaikan harga barangan oleh peniaga.Mengambil kesempatan di sebalik kesempitan keadaan...

Syarikat-syaraikat korporat dan GLC sibuk mengira untung dan laba masing2. Bajet dan Target dah capai atau tidak? Tak capai maknanya bonus tak merasalah......

Ibu bapa sibuk beli persiapan sekolah anak-anak...Semua nak baru...anak-anak masakini tak sama macam masa dulu-dulu... bagi mereka semua mesti ada...baru...ibubapa pening...panadol mungkin kehabisan...

Tahun baru ada azam baru? Kadang-kadang azam tahun2 dulu belum tertunai.Apapun yang penting azam sentiasa membara untuk terus berjaya dalam segalanya. Yang penting anda semua mesti berfikiran besar dan berjiwa besar di tahun 2011 ini.
THINK BIG THINK GLOBAL .

Selamat Tahun Baru... 2011...


7.12.10

SALAM MAAL HIJRAH

Salam Maal Hijrah untuk semua para pengunjung blog ini.
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu pengorbanan
Ada hikmah disebalik suatu penghijrahan...

24.11.10

JUTAWAN INTERNET: Antara Realiti dan Angan Angan

Apakhabar Semua
Apakhabar Malaysia

Sejak internet diperkenalkan di Malaysia saban hari banyak cerita tentang menjadi jutawan melalui internet. Banyak kisah dibukukan, dituliskan, diwar-warkan tentang bagaimana internet boleh membuatkan seseorang itu menjadi jutawan atau setidak-tidaknya menjadi kaya raya.
Maknanya kaya dan tak perlu bekerja atau berniaga lain lagi. Betul ke cerita ni? Kisah anak-anak muda menjadi jutawan internet telah menjadi bualan umum.Rahsia Umum.Contohnya seorang anak muda di luar negara telah mencipta facebook iaitu sebuah laman sosial yang menjadi kegilaan 600 juta ahli berdaftarnya. Kisah 2 sahabat mencipta google dan menjadi jutawan. Itu kisah luar negara. Kita yang berada di Malaysia ini sudahkah mempunyai jutawan internet. Kita bicara dalam skop Malaysia.
Saya telah membuat intipan,risikan dan culaan dan mendapati untuk menjadi jutawan internet di Malaysia pada masakini masih merupakan suatu khayalan. Angan-Angan.Walaupun pelbagai kursus, buku,ebook,cd.vcd tentang perniagaan internet telah diterokai namun ianya masih bersifat khayalan atau fantasi.
Menjadi kaya dengan pendapatan 5 angka disebabkan internet mungkin boleh diterima. Memperolehi pendapatan sampingan sekitar RM 500 sebulan melalui internet memang boleh sebab saya sendiri pernah mencubanya.TAPI kalau sebut menjadi jutawan internet di Malaysia  adalah suatu yang agak keterlaluan.
Memang ada yang mendakwa dialah jutawan internet melalui kursus dan seminar dan cerita di buku-buku dan ebook yang dikarang sebegitu rupa. Sejauhmanakah kebenarannnya. Mana buktinya mereka menjadi jutawan? Berapa asetnya hasil perniagaan internet? Mungkin mereka yang mendakwa jutawan internet hanya  membuat propaganda atau cerita-cerita rekaan di kursus-kursus jutawan internet dengan matlamat mengutip yuran kursus mengikut kadar yang mereka tetapkan sendiri tanpa kawalan sesiapa. Bagi saya itu bukan jutawan atau usahawan internet.Itu jutawan kursus.
Mungkin ada yanbg menyanggah pendapat saya. Ada yang mendakwa jual barang secara online pun boleh laku seperti jual tudung, kerongsang, ebook dan lain-lain. Betul. Benar hujah itu. Tetapi adakah dengan urusniaga sebegitu terlahir seorang jutawan. Online biz di Malaysia masih perlahan ketika ini. Keyakinan masyarakat untuk membeli barangan secara online masih rendah. Yang ramai joint pun skim internet cepat kaya sedikit masa dulu. Itu yang kaya penganjur.Jutawan Kencing bukan Jutawan Internet namanya.

Walau bagaimanapun perkembangan internet biz dan online transaction di Malaysia semakin berkembang. Mungkin satu atau dua dekad lagi aktiviti berurusniaga online di Malaysia berjaya menjadi satu budaya dan ketika itu kelahiran ramai jutawan internet bukan lagi suatu angan-angan. Mungkin anda salah seorang dari bakal jutawan itu. Fikirkan dari sekarang.

Selamat malam
Jumpa lagi
abangms

20.11.10

CARILAH FORMULA MENINGKATKAN EKONOMI MELAYU JANGAN ASYIK CERITA POLITIK

Apakhabar Semua
Apakhabar Malaysia
Apakhabar Orang Melayu

Semoga ceria di aidiladha ini.
Pagi ini saya membelek akhbar-akhbar utama ...semua cerita politik. Semalam kelmarin pun tajuk utama masih kisah politik. Minggu lepas, bulan lepas,tahun lepas asyik-asyik cerita politik.Seingat-ingat saya sejak PRU 13 asyik-asyik cerita politik.Media, pengulas bebas di kedai-kedai kopi asyik cerita politik. Apa dah jadi ni. Melayu siang malam khayal cerita politik tetapi orang lain terus cerita dan bincang macaman nak meningkatkan ekonomi mereka.Menguasai hartanah di lokasi strategik.Kita asyik cerita politik.Apa dapat? Mungkin ada yang dapat bahagian tapi yang majoritinya dapat apa?Dapat apa? Habuk pun tak ada.Syok sendiri.

'Kita' perlu segera mencari formula meningkatkan  ekonomi. Siapa kita tu? Kita yang saya maksudkan ialah setiap individu melayu yang cukup umur (>21 tahun). Di peringkat individu perlu mencari formula untuk meningkatkan ekonomi masing-masing. Mungkin boleh berbincang dengan rakan-rakan jiran jiran atau kenalan agar dapat mencari jalan meningkatkan ekonomi masing-masing.Oleh itu topik perbualan dan perbincangan harian hendaklah fokus kepada isu meningkatkan ekonomi. Ringkasnya macaman cara nak cari duit lebih.Macaman nak laburkan duit yang ada.Apa peluang niaga baru dan sesuai di kawasan masing-masing yang boleh diceburi.Yang penting ekonomi masing masing ada peningkatan.Ada pengukuhan. Sebabnya orang lain siang malam memikirkan penguasan ekonomi dan kekayaan.Mereka tolong menolong sama sama bagi dan agih peluang kekayaan.

Cepat Bertindak. 
Jangan asyik cerita politik.
Cerita dan bincang macamana nak tambah duit dengan jalan yang betul. Macaman nak pinjam bank untuk bisnes.
Kalau dah ada duat bincangkan apa pelaburan yang sesuai.
Bagi yang makan gaji belajar macaman nak laburkan sebahagian pendapatan bulanan kita.
 
Kita semua perlu kaya di negara ini...agar tidak terpinggir lalu tersingkir akhirnya...

Jumpa Lagi
abangms




19.11.10

SALAM AIDILADHA: Sejauhmana Pengorbanan Kita

Apakhabar Semua
Apakhabar Malaysia
SALAM AIDIL ADHA

Saban tahun aidiladha disambut meriah.
Lembu,kambing dan ternakan dikorbankan.Satu ibadah umat islam.Kisah nabi Ibrahim dan Ismail dibicarakan diceramahkan dan diulaskan.Agar menjadi pedoman tauladan dan pengajaran.Iktibar.
Penghayatan kita tentang konsep pengorbanan dalam kehidupan harian  nampaknya masih longgar. Tidak ramai yang sanggup berkorban masa,tenaga dan fikiran ke arah pembangunan negara dan umat islam. Ramai yang masih bersikap acuh tak acuh dalam banyak perkara.Kurang kesungguhan sama ada dalam bidang pelajaran, pekerjaan dan sebagainya.. Sikap sambil lewa dan santai.Relax sebab tak nak pening.Suka dipuji dan mengampu untuk mendapatkan sesuatu walaupun prestasi diri sendiri sangat teruk.

Kita perlu berkorban untuk menggapai kejayaan bukan hanya ingin mengorbankan orang lain.

Berkorban apa saja
Harta ataupun nyawa 
                                                     (P Ramlee)

Salam Aidiladha
Jumpa lagi
abangms

13.11.10

BANJIR DI KEDAH :ANTARA UJIAN DAN PENGALAMAN

Apakhabar Semua
Apakhabar Malaysia

Minggu lepas kawasan di utara semenanjung terutamanya di negeri Kedah telah dilanda banjir besar. Berdasarkan informasi dari pelbagai media, banyak kawasan telah hampir lumpuh termasuklah bandar Alor Setar.Aktiviti harian tergendala. Sekolah, pejabat dan bank-bank terpaksa ditutup sebaliknya pusat-pusat pemindahan di buka untuk menempatkan berpuluh ribu mangsa banjir.

Saya tidak berada di kebanjiran itu tetapi berminat untuk turut menyibukkan diri menyentuh isu banjir di Kedah kerana negeri Jelapang Padi itu pernah menjadi tempat saya bermukim antara tahun1986 hingga 1992 iaitu ketika melanjutkan pelajaran suatu ketika dulu. Oleh itu tempat-tampat dan lokasi yang tercatat dalam kebanjiran minggu lepas amatlah tidak asing bagi saya. Nama -nama tempat seperti Jitra,Kubang Pasu ,Alor Setar dan Changlon merupakan tempat saya meremajakan diri. Bila ianya dibanjiri air bah maka saya turut terasa kesejukannya walaupun tidak berada di kebanjiran itu.Kata orang tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat mengaji.
Bagi yang menempuh banjir tersebut saya jangkakan pasti ia merupakan suatu pengalaman hidup.Mungkin ada yang merasakan ianya pengalaman pahit, maung,kelat,stress dan 1001 macam lagi.Manakan tidak banyak hartabenda musnah dan pastinya banyak wang dan RM yang perlu dikeluarkan selepas ini untuk memulihkan keadaan seperti sedia kala. Apapun bagi semua mangsa banjir saya berharap agar bersabar menempuh pengalaman dan ujian kecil ini.Sesungguhnya apa yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya. Hidup perlu diteruskan.
Media-media utama juga turut memuatkan komen orang-orang politik  ke atas kerajaan Kedah menangani masalah banjir tersebut. Pemimpin kerajaan Kedah pula menjawab komen-komen tersebut melalui akhbar Harakah. Masing-masing mendakwa mereka telah menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.
Apa yang dapat kita perhatikan kejadian banjir tersebut telah menguji manusia di Malaysia ini dari pelbagai sudut berikut:-

1) Ujian ke atas mangsa banjir mengharungi air bah dan perpindahan ke pusat pusat pemindahan.
2) Ujian ke atas kerajaan Pakatan Rakyat Kedah mengurus keadaan banjir tersebut.
3) Ujian ke atas kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah dalam urusan bantuan ke atas mangsa banjir.

Ujian pertama di atas saya yakin ramai yang telah Lulus.Mungkin kesemuanya telah Lulus.Walau bagaimanapun ujian kedua dan ketiga di atas tidak pasti lagi. Sebabnya ianya melibatkan politik.Politik adalah perlawanan persepsi.Masing-masing parti ingin menunjukkan atau memberi persepsi bahawa merekalah yang terbaik dalam menangani sesuatu isu seperti banjir yang berlaku kali ini. Tiada yang mahu mengalah. Tidak hairanlah jika di dalam media nampak ada perbezaan pendapat antara pemimpin-pemimpin kedua-dua belah pihak. Yang penting rakyat.Rakyat lebih tahu dan mereka yang akan menghakimi pemimpin setiap 5 tahun.

Saya juga mengucapkan selamat pulang ke rumah masing-masing dan tabah membersihkan rumah dan halamannya serta harta benda yang musnah akibat banjir tempohari kepada semua mangsa banjir di Kedah.
Sesungguhnya ada hikmah disebalik setiap kejadian.

Jumpa lagi
abangms




31.10.10

KELANTAN JUARA PIALA MALAYSIA 2010

  
Kelantan Juara Piala Malaysia 2010
Separuh masa pertama Kelantan ketinggalan 0-1.
Kelantan bangkit di separuh masa kedua dan akhirnya menundukkan Negeri Sembilan 2-1
Mencipta Sejarah itulah ungkapa pihak media tentang kejayaan Kelantan ini.
Cerita dan babak perlawanan di atas nampak macam biasa. Biasalah dalam bolasepak menang kalah atau seri. Apa nak dihairankan.Apasal nak ditulis diblog. Tak ada cerita lain ke! Mungkin itu yang bermain di fikiran anda.
Apa yang ingin saya kongsikan ialah moral atau tauladan disebalik kejayaan pasukan Kelantan menjuarai Piala Malaysia malam tadi setelah 4 kali memasuki perlawanan akhir
Untuk mencapai sesuatu kemenangan atau kejayaan dalam apa jua bidang anda perlu berpegang kepada beberapa prinsip berikut:-
1.Jangan mudah putus asa walaupun di peringkat awal kita kurang berjaya.
2.Rajin dan usaha tangga kejayaan
3.Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya.
4.Teamwork atau semangat kerja berpasukan perlu untuk mencapai kejayaan.

Semoga semangat pasukan Kelantan dicontohi oleh pasukan kebangsaan kita.
Apapun tahniah juga buat pasukan Negeri Sembilan yang menjadi naib juara kerana berjaya ke final.

Jumpa lagi
abangms






23.10.10

UMNO MENJULANG EKONOMI MELAYU

Apakhabar Semua

Apakhabar Malaysia

Ekonomi melayu merupakan satu isu yang seringkali dibahaskan terutamanya dalam perhimpunan agung UMNO.Perhimpunan kali ini juga tidak terkecuali dari membahaskan isu tersebut. Semalam Pengerusi Biro Ekonomi UMNO Datuk Dr Awang Adek Hussin membentangkan usul ekonomi yang mahu kerajaan membentuk PIPP iaitu Pelan Induk Pembangunan Bumiputera yang dibahaskan oleh beberapa perwakilan. Sila baca petikan dari Berita Harian Online seperti berikut:-

Julang ekonomi Melayu
Berita Harian :23/10/2010



KUALA LUMPUR: Perbahasan usul ekonomi pada hari kedua Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 semalam mahu kerajaan mengambil langkah lebih agresif bagi menjulang ekonomi orang Melayu termasuk membentuk Pelan Induk Pembangunan Bumiputera (PIPB).

Ini sebagai panduan pelaksanaan dasar serta memastikan pemantauan dan penyelarasan agenda Bumiputera, terutama dalam bidang ekonomi dapat dilaksanakan secara berkesan serta mencapai sasaran.

Ketika membentangkan usul ekonomi, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata PIPB perlu dijadikan dasar membangunkan Bumiputera dalam pelbagai bidang dan memastikan urusan mengukur tanda aras dan sasaran pencapaian Bumiputera dilaksanakan secara lebih sistematik sambil dipantau Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera (MTAB) yang dipengerusikan Perdana Menteri

Beliau yang juga Pengerusi Biro Ekonomi UMNO berkata, usaha itu juga akan dapat memastikan Bumiputera mencapai matlamat Model Baru Ekonomi (MBE) tanpa sebarang halangan.

Kita berharap dengan pengawasan rasmi MTAB terhadap agenda membantu Bumiputera di semua kementerian dan jabatan, ekonomi dapat ditransformasi menjadi ekonomi moden dan kompetitif, selaras MBE yang inklusif, katanya.

Usul ekonomi itu kemudian disokong wakil Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim dan dibahaskan wakil UMNO negeri serta sayap parti sebelum diluluskan.

Sebelum itu, perwakilan turut meluluskan usul ucapan dasar Presiden selepas sesi perbahasan bersambung awal pagi semalam dengan enam lagi wakil UMNO negeri, termasuk wakil Puteri UMNO serta wakil Kelab UMNO mengambil bahagian.

Razali ketika menyokong usul ekonomi berkata, penubuhan MTAB yang menetapkan 30 peratus KPI untuk sesiapa yang menganggotainya bagi memastikan pemilikan ekonomi Melayu dan Bumiputera tercapai, adalah tepat.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan menggariskan tiga syor, termasuk mewujudkan Inisiatif Perkongsian Tulen dengan memilih individu, syarikat, kesatuan atau Bumiputera yang layak untuk mewakili Melayu.

Namun, beliau mencadangkan MTAB diasingkan daripada agensi kerajaan supaya tidak mengulangi kesalahan lalu seperti penubuhan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang kini dinikmati pihak lain.

Kita tidak mahu akhirnya Melayu tidak nampak apa yang UMNO buat. Kita juga tidak mahu orang lain tanam, orang lain menuai kerana rakyat tidak memahami apa yang dilakukan, menyebabkan mereka tidak menghargai sumbangan UMNO, katanya.

Sementara itu, wakil Wanita UMNO, Sharifah Azizah Syed Zin, berkata berdasarkan komposisi kaum, kuota ekuiti Bumiputera sepatutnya dinaikkan sehingga 60 peratus dan tidak boleh dipertikaikan kaum lain berikutan kuota 30 peratus yang ditetapkan belum mencapai sasaran.

Wakil UMNO Johor, Ayub Jamil, pula mendesak kerajaan supaya segera melakukan tindakan susulan ke atas semua rancangan membangunkan ekonomi Melayu kerana ketika ini sudah wujud anggapan parti terbesar Melayu itu hanya hebat pada dokumen, tetapi gagal melaksanakannya.

Wakil UMNO Pahang, Suhaimi Sulong, berkata pelan induk itu dan MTAB seharusnya memantau program berkaitan untuk memastikan pelaksanaan yang efisien dan efektif.

Wakil Pulau Pinang, Muhamad Farid Saad, berkata masyarakat luar bandar perlu dibela kerana merekalah yang akan membela UMNO nanti



ULASAN

Sebenarnya saya bukanlah berhasrat mencampuri urusan parti UMNO yang mencadangkan dan membahaskan usul tersebut.Saya bukanlah orang politik yang hendak menyibuk tentang mana-mana parti kerana minat saya dalam politik telah terpadam sejak tahun 1999 dahulu.Walau pun ada rakan-rakan saya yang masih aktif berpolitik dan memegang jawatan-jawatan di dalam parti peringkat cawangan dan bahagian samada UMNO atau parti lain saya masih belum berminat untuk aktif walaupun dipelawa oleh kawan-kawan.Walau bagaimanapun menjadi pemerhati dan mengikuti perkembangan politik sememangnya menjadi minat saya sejak di bangku sekolah rendah lagi. Oleh itu bila isu ekonomi melayu dibicarakan saya berasa amat terpanggil untuk turut serta memberikan pandangan. Tambahan pula rutin kerjaya harian saya sentiasa bergelumang dengan usahawan, peniaga, petani khususnya kaum melayu. Kadang-kadang saya terpaksa mendengar keluhan dan permasalahan mereka dalam persaingan perniagaan dan cabaran persekitaran perniagaan masa kini.

Tidak dinafikan bahawa kerajaan telah merangka pelbagai strategi untuk meningkatkan penguasaan ekonomi bumiputera.Pelbagai agensi telah diwujudkan seperti MARA, TEKUN, pelbagai jabatan dan agensi. Dulu ada MPUD (Majlis Pembangunan Usahawan Daerah) di bawah KPU yang telah dibubarkan dan kini ada MPPP (Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen). Penguasaan peniaga dan usahawan rasanya masih tidak banyak berubah.Pemilikan hartanah bumiputera di bandar-bandar seperti pemilikan rumah kedai masih rendah. Apa sebenarnya yang menyebabkan bumiputera sukar maju ke depan dalam penguasaan ekonomi.

Saya berminat mengulas dari sudut peniaga dan usahawan IKS serta usahawan tani. Sudut yang lain seperti kontraktor dan penguasaan GLC dalam kek ekonomi kita bincangkan di episod lain.

Bagi pengusaha IKS bumiputera antara masalah mereka ialah pasaran ke atas produk yang dihasilkan.Usahawan IKS hari ini telah pandai menghasilkan produk berkualiti melalui tunjuk ajar dan kursus oleh agensi-agensi kerajaan seperti MARDI, MARA,Pusat Giat MARA, Jabatan Belia & Sukan, Jabatan Pertanian, KEMAS dan lain-lain.

Banyak produk-produk berkualiti berjaya dihasilkan dari roti dan kek sehinggalah produk berasaskan teknologi dan kejuruteraan.

Walau bagaimanapun ke mana mereka nak menjual produk mereka jika jumlah pengeluaran telah membesar. Skala Besar. Pasaraya, Hypermarket? Dimanakah letaknya produk bumiputera di sana? Jika pasaraya besar membeli produk-produk tersebut bayaran secara kredit biasanya memakan masa selama 3 hingga 6 bulan malah lebih lagi. Jadi ini bakal menimbulkan isu kecairan aliran tunai kepada pengusaha IKS. Tak boleh tahan sebab payment lambat itulah keluhan mereka jika ditanya kenapa mereka tidak menjual produk ke pasaraya besar.

Bagi golongan petani pula hasil pertanian berskala besar agak sukar dipasarkan selain dari harga ladang yang tidak menentu. Memang kita ada FAMA. Tetapi sejauhmanakah FAMA dapat membeli hasil keluaran pertanian. Bolehkah FAMA membeli hasil keluaran 200 ekar tanaman roselle secara konsisten setiap bulan?Itu baru satu jenis tanaman.Bagaimana dengan durian,pulasan,rambutan yang kerapkali kering di atas pokok! Sayur-sayuran ?Ke mana nak jual dengan harga yang munasabah?

Sekali lagi saya nyatakan maklumat dan maklumbalas dari para pengusaha IKS dan petani di peringkat rakyat bawahan ini atau diistilahkan sebagai peringkat akar umbi ialah PASARAN...ya... PASARAN..

Maksud saya ialah pasara terbuka. Pasaran kerajaan melalui tender dan sebutharga memang telah ada untuk bumiputera tetapi persaingan di kalangan kontraktor bekalan sesama sendiri mewujudkan harga yang rendah dan kurang menguntungkan.

Seorang sahabat saya berpendapat agar usahawan IKS melayu memasarkan produk mereka di pasar-pasar tani dan pasar malam. Itu betul.Saya setuju.Tetapi bagaimana jika perusahaan telah berskala besar. Tak kanlah pasar tani dapat menampung produk yang banyak. Kenapa pula nak berskala besar.Ya perlu berskala besar sebab kita nak menguasai ekuiti 30% ke atas.Kalau skala kecil sampai bila nak dapat menguasai 30%? Bila besar tak boleh jual...itulah masalahnya...itulah isunya...bukan melayu tak pandai atau melayu malas...

Oleh itu saya menyarankan agar pemimpin-pemimpin UMNO memikirkan penubuhan rangkaian pasaraya dan hypermarket untuk memasarkan produk-produk IKS dan pertanian keluaran orang melayu.Ini perlu kerana bidang pengeluaran atau pembuatan produk memberi pulangan margin atau keuntungan yang tinggi.

Kita lihat bagaimanakah usahawan bangsa lain mempunyai jaringan pemasaran yang kukuh dalam apa jua produk. Contohnya pasaran sayur-sayuran dan buah-buahan. Barulah mereka boleh mengembangkan perniagaan lain sebab modal semakin kukuh. Usahawan kita masih di takuk lama walaupun isu ekonomi melayu telah dijeritkan saban tahun dalam perhimpunan-perhimpunan melayu.

Sesungguhnya bercakap dan berteori sahaja di dalam perniagaan tidak menjanjikan apa-apa jika kita gagal menguasai pasaran....

Jumpa lagi