28.8.10

KAD RAYA TIDAK RELEVAN LAGI

Hari  ini dah hari ke 18 kita berpuasa.Pejam celik pejam celik dah lebih setengah bulan kita melalui ramadhan. Walaupun aidilfitri belum tiba tapi bahangnya sudah mula terasa.
Peti surat pejabat saya dah mula dikunjungi kad-kad raya. Berbagai corak dan warna dan pelbagai harganya. Satu persatu dibelek kebanyakkannya kad-kad diterima adalah berbentuk resmi bukan kad raya individu. Ada dari pihak bank, firma guaman, agensi kerajaan dan syarikat-syarikat swasta yang saya berurusan. Tiadalah lagi kad-kad raya dari kawan-kawan, kenalan-kenalan dan rakan taulan macam dulu-dulu. Ke mana mereka. Mungkin alamat saya dah hilang dari database mereka. Atau kerana harga stem dah naik. Kalau dulu di waktu pertengahan ramadhan macam ni kad-kad raya dah mula terjual di bazar-bazar ramadhan, di kaki kaki lima bangunan kedai tetapi kini tidak lagi.

Semalam sempat juga saya menjengah kedai buku berdekatan pejabat saya dan melihat lambakan kad raya pelbagai aneka untuk dijual di ruang tengah kedai. Murah-murah tapi kurang laku. Tokeh kedai (bukan orang kita) kata sekalang kad laya memang kena leturn kepada itu supplier. Olang sudah tak mau meli lagilah.  apasat wa pun tak tahu.....Itulah keluhan tokeh kedai yang tidak fasih berbahasa Malaysia walaupun beliau lahir di sini selepas Malaysia Merdeka. Mungkin konsep 1Malaysia dapat meMalaysiakan mereka yang masih pelat berbahasa Malaysia walaupun telah mengaut keuntungan di bumi Malaysia ini termasuklah menjadi pengilang, pencetak dan pengedar kad-kad raya walaupun aidilfitri adalah hari raya kita  bukan raya mereka..

Fikir punya fikir saya dapat meneka beberapa sebab kenapa kad raya dari kawan-kawan tidak muncul lagi.
Pertama sebab kawan-kawan saya dah semakin tua dan bagi mereka menghantar kad raya bagi orang yang dah semakin berumur ni kurang relevan lagi. Hantar menghantar kad-kad raya ni aktiviti kanak-kanak dan orang-orang muda. Biarlah mereka saja yang berkad raya kata kenalan baru say seorang usahawan burger.
Kedua ....dunia dah berubah. Zaman ini zaman IT. IT tu macam-macam ditafsirkan maknanya. Bagi sesetengah orang bisnes IT tu bermaksud DUIT. Ya lah zaman ini zaman duit. Ada duit semua boleh jadi. Bagi kaum hawa pulak menyebut IT ni sebagai singkatan kepada Ibu Tunggal. Bagi saya itu semua tak betullah... orang yang kurang berduit macam saya ni dan ibu ibu tunggal tak perlu kecil hati dengan definasi IT yang sebegitu....Anggaplah definasi tersendiri DUIT dan Ibu Tunggal itu sebagai jenaka  di warung-warung tom yam sementara menanti waktu berbuka puasa....  
IT maknanya seperti yang semua orang maklum ialah Information Technology. Maksudnya zaman IT ni semua berkomputer. Zaman netbook, laptop,internet biz, facebook, twitter, Black Berry, Astro dan 1001 macam istilah yang datuk dan nenek kita dulu tak pernah dengar.Mungkin jika laksamana Hang Tuah kembali semula ke zaman ini (macam dalam cerita XX RAY) beliau pun terkejut dan terus membuang keris Taming Sarinya kerana serangan ke atas Hang Jebat lebih mudah dilakukan dengan menghantar virus melalui email dari bertikam di atas lantai yang tidak rata...
Zaman IT kawan-kawan saya lebih selesa menghantar Kad Raya melalui email. E Raya Card gitu kata anak saya yang sulong. Pos-pos kad raya ni tak mainlah bah. E Raya Kad atau dalam bahasa kita kad raya elektronik memang lebih menarik. Berwarna-warni, cantik dan meriah kerana mediumnya skrin monitor, skrin handphone dan kadang-kadang ada bunyi lagu raya...ada juga pengirim yang kreatif merakamkan suara mereka mengucapkan selamat hari raya kepada penerima...macam-macam suara ada dari suara ala ala Siti Nurhaliza hinggalah suara ala-ala Halimah Jongang..memang meriah E Raya Card ni. Biasanya E card ni akan dihantar di penghujung ramadhan dekat-dekat nak raya. Macam tahun lepas macam-macam mail e card yang saya terima...yang penting anda kena sediakan ruang email yang besar untuk menerima kunjungan e raya card sama ada yang diundang atau yang tersasar kerana pengirim tersilap taip alamat email. Yang belum ada email cepat-cepat buat email, yahoo ke gmail ruangnya cukup lumayan dan percuma...
Seorang kenalan facebook saya pula kata ecard melalui email pun dah tak main...sekarang orang ucapkan selamat hari raya dan meletakkan e raya card di facebook...wow canggih gitu..

Last sekali kad raya kurang diterima kerana hari ni ramai yang hantar ucapan raya melalui SMS..sistem pesanan ringkas...orang kampung saya cakap hantar guna handphone...cepat dihantar dan pantas di balas...syarikat TELCO suka cara ni tapi POS Malaysia kurang berminat sebab SMS RAYA tak  payah guna setem...

Nanti menjelang raya saya cerita tentang SMS Raya...macam-macam SMS ada...
Mungkin Suatu Hari Nanti Kad Raya Tidak Lagi Relevan....

Apapun hari ini....teruskan puasa anda sehingga waktu berbuka.
Pepatah dulu-dulu:
KUSANGKA PANAS HINGGA KE PETANG
 RUPANYA HUJAN DITENGAHARI

Pepatah bebudak sekarang (Jenaka Ramadhan)
KUSANGKA PUASA HINGGA KE MALAM
RUPANYA BERBUKA DITENGAHARI



Tiada ulasan:

Catat Ulasan