Hari ini isnin 20 Sept 2010.Cuti raya dah habis semalam.Semua dah kembali kerumah masing-masing dari kampung, pekan dan bandar. Anak-anak mula memenuhi kawasan sekolah yang telah bermingu minggu di tinggalkan.Bas sekolah mula sibuk di jalan jalan dan lorong-lorong ke kawasan sekolah. Pejabat-pejabat mula dihadiri oleh ramai pekerja. Kedai-kedai mula dibuka semula. Kedai-kedai makan dan warung-warung mula meriah di awal pagi. Persekitaran kehidupan kita telah kembali normal. Macam dulu-dulu sebelum ramadhan.
Tapi petang tadi sewaktu turun dari pejabat untuk pulang ke rumah saya termenung sejenak ke satu sudut. Saya mula merinduinya.Mula terasa kehilangannya........iaitu Bazar Ramadhan.......Setahun lagi baru kita dapat berjumpa semula dengan suasana Bazar Ramadhan yang unik itu.Lama.Semoga dipanjangkan umur kita untuk bertemu ramadhan yang akan datang.
Cuti raya dah habis.Duit kita pun turut habis kerana raya sakan.Motor dan kereta kita ada yang mula rosak sana sini kerana penat mengangkut kita semua beraya.Workshop kereta mula dipenuhi pelbagai kenderaan dari keluaran tempatan hinggalah yang diimport. Baru ,lama semua ada. Banyak sungguh kereta orang kita di workshop-workshop yang bukan milik orang kita.
Klinik-klinik mula penuh sesak dengan pesakit dari kanak-kanak hingga warga emas.Mungkin mereka terlebih makan kuih raya dan minum air gas berais.Air batu kata orang dulu-dulu. Doktor-doktor klinik swasta semakin sibuk kerana bisnes semakin maju.Klinikorang kita semakin banyak.Baguslah tu.Semoga anda semua memberi sokongan kepada para doktor kita.
Rakan-rakan FB saya mula post foto-foto raya di FB masing-masing. Macam macam gaya ada.Ada berpakaian sedondon dan ada juga yang warna campur-campur.Warna-warna Malaysia gitu.Hampir setiap tahun saya akan menempah sepasang baju melayu untuk berhari raya.Saya amat selesa berbaju melayu dan meminatinya kerana ia adalah antara warisan orang melayu dari zaman berzaman sebagaimana selipar jepun iaitu satu-satunya warisan peninggalan orang jepun yang masih ada hingga kini di sini.Yang pasti upah tempahan baju melayu saban tahun semakin naik begitu juga dengan harga selipar jepun yang pelbagai rupa dan warna ketika ini.Semua barang naik.Perut kita juga mungkin semakin naik selepas raya ni.
Keluarga sebelah mertua saya di Pantai Timur telah tidak beraya lgi kerana di sana hari raya aidilfitri disambut hanya beberapa hari sahaja.Berbeza dengan di tempat saya di Johor di mana aidilfitri di rayakan selama sebulan..... hingga ada yang terbabas. Maklumlah puasa sebulan raya pun kenalah sebulan.Tambahan pula bagi yang berpuasa enam.Kenalah tambah raya enam hari lagi jadi 36 hari.
Di Johor selepas ini akan diwarnai dengan rumah-rumah terbuka.... marhaban...dari Yang Berhormat hinggalah yang tak tahu hormat semuanya akan mengadakan rumah terbuka.
Itulah hari raya. Hari merayakan kemenangan kita berpuasa...
Apapun anda semua perlu berhati-hati kerana selepas berakhir ramadhan syaitan-syaitan yang terkurung mula terlepas.....Awas!......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan