Hari ni 25 ramadhan.Minggu ini merupakan minggu terakhir ramadhan 1431. Suasana sekitar kita dah mula berubah. Sibuk. Sana sini sibuk.Semua tempat sibuk. Bandaraya, ibukota, bandar kecil, pekan, kampung, hutan semua sibuk.Sibuk nak raya.
Orang kita sibuk membeli belah sebagai persiapan terakhir untuk raya. Tahun ni ramai berbelanja sakan sebab kakitangan awam dapat RM 500 duit raya, peneroka felda pun dapat duit raya . Wah penuh sesak gedung-gedung beli belah yang kebanyakkannya bukan milik orang kita. Kita asyik membeli di gedung mereka.Apa nak buat orang kita belum ramai yang ada gedung membeli belah. Merekalah yang mengaut keuntungan setiap kali kita menyambut raya. Dari dulu dulu lagi dah macam tu.
Bilakah agaknya orang kita nak ada gedung membeli belah yang boleh diketengahkan.Yang menjadi sebutan dan siulan para pembeli belah. Sampai bila orang kita nak niaga di tepi-tepi jalan, bazar-bazar dan pasar pasar malam.Orang kita kini dah ramai yang pandai membuat pelbagai produk hasil bimbingan pelbagai agensi kerajaan dan kursus kursus anjuran swasta. Malangnya sukar kita memasarkannya dalam bentuk pukal dan berkuantiti besar, Skala besar kata pakar ekonomi. Kenapa? Sebab orang kita tidak memiliki gedung gedung membeli belah yang menjadi tumpuan ramai. Tempat memasarkan produk produk kita. Zaman sekarang zaman Hypermarket. Kedai runcit dan kedai kaki lima tak mainlah. Orang kita shopping di tempat ada class.Ada brand.Tapi sayang gedung gedung itu bukan milik orang kita. Sebab itu kita jangan mengeluh jika orang kita tak kaya-kaya tapi orang lain terus menerus kaya raya.Kita membeli mereka menjual memanglah mereka yang kaya kita merana! Mungkin ada orang kita berniaga butik, kedai pakaian dan macam-macam lagi tapi kebanyakkannya terletak di gedung orang lain.Sewanya pasti luar biasa dan enggak mampu di bayar pak, kata peniaga Indon.Akhirnya peniaga kita gulong tikar dan terpaksa melupakan dunia perniagaan.
Hari ini juga cuti penggal persekolahan telah bermula. Cikgu-cikgu dah rehat dan siap-siap nak balik kampung. Bagi yang suami isteri bekerja sebagai cikgu pastinya pulang awal ke kampung untuk mengelakkan traffic jam.
Esok hari ahad terakhir sebelum raya. Jalanraya dan gedung beli belah pasti sibuk lagi.Ramai yang belum selesai shopping.Saya mungkin turut berada disebalik kesesakan itu untuk menemani isteri dan anak gadis yang masih belum puas memilih tudung dan kerongsang raya agar sedondon dengan baju kurung mereka. Apapun hajat mereka saya selalu berpesan agar mereka membeli belah di kedai orang kita agar ekonomi orang kita dapat terus hidup.Tindakan dan sikap sebegini amat perlu kerana kita telah jauh ketinggalan dalam penguasaan kek ekonomi negara ini. Sumbangan kita membantu peniaga-peniaga kita lebih bermakna dari kita berhujah dan mendabik dada sebagai pejuang bangsa tetapi suka membeli belah di kedai orang lain apatah lagi shopping di luar negara yang mengalirkan wang kita ke sana.
Selamat membeli belah makcik-makcik, kakak,adik,abang, mak long, pak long, wak wak...selamat bershopping raya...pastikan kedai orang kita...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan